JAKARTA: Seorang bomoh pengganda wang dikenali sebagai 'Mbah Slamet' yang disyaki membunuh 10 orang pelanggan sejak 2020 ditahan polis di Jawa Tengah pada Sabtu lepas.
Slamet Tohari, 45, ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.
Kegiatannya terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terakhir yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.
Ketua Polis Banjarnegara Hendri Yulianto berkata mangsa memaklumkan sedang berada di rumah Mbah Slamet kepada anaknya melalui pesanan WhatsApp.
"Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat berpesan agar menghubungi polis jika beliau masih belum pulang selepas 26 Mac," katanya.
Bertindak atas laporan, polis menemukan mayat mangsa dipercayai akibat diracun, di ladang Desa Balun serta penemuan tiga kubur mangsa lain yang majoriti dari luar Banjarnegara termasuk dari Palembang.
Sebanyak 10 mayat dipindahkan pihak berkuasa setakat ini.
Kesemua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta).
Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Jurucakap polis sedang menyampaikan sidang media berkenaan kes jenayah yang dilakukan Slamet dan pembantunya (belakang, dalam seragam biru dan bertutup muka). - BERNAMA / FB polis banjarnegara
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bomoh pengganda wang 'Mbah Slamet' bunuh 10 pelanggan ditahan polis
Slamet Tohari ditahan di rumahnya di Desa Balun, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosi perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.