Sebuah bongkah ais gergasi dilaporkan sudah meretak dan terpisah dari Antartika dan menggugat keselamatan kapal-kapal di sekitar benua itu, kata saintis pada Rabu.
Bongkah ais seberat satu trilion tan dan berukuran 5,800km persegi itu terpisah dari rak ais Larsen C di Antartika di antara 10 dan 12 Julai, kata saintis di Universiti Swansea dan British Antartic Survey.
Difahamkan, bongkah ais tersebut berada dalam keadaan hampir pecah untuk beberapa bulan.
Saintis memantau corak pergerakan pada rak ais menggunakan satelit Agensi Angkasa Eropah sepanjang musim sejuk di Antartika.
“Bongkah itu adalah antara yang terbesar direkodkan dan perkembangan masa depan adalah sukar untuk diramal,” kata Profesor di Universiti Swansea dan penyiasat utama Projek MIDAS, Adrian Luckman yang telah memantau pergerakan rak ais selama bertahun-tahun.
"Ia mungkin kekal dalam satu bahagian, tetapi lebih cenderung untuk pecah menjadi serpihan.
“Beberapa ais mungkin kekal di kawasan tersebut untuk beberapa dekad, manakala bahagian-bahagian gunung ais mungkin hanyut ke utara mencari perairan yang lebih panas,” tambahnya.
Jadi, pecahan ais ini menambah risiko kepada kapal-kapal di sekitar benua tersebut.
Walaupun semenanjung itu berada di luar laluan perdagangan utama tetapi ia adalah destinasi utama bagi kapal pesiar yang melawat dari Amerika Selatan.
Astro Awani
Thu Jul 13 2017

Sebuah bongkah ais gergasi terpisah dari Antartika dan ia menggugat keselamatan kapal-kapal di sekitar benua, kata ahli saintis pada Rabu.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.

Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.

Malaysia akan kena tempias setiap perubahan di Antartika - Pakar
Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu.

Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.

Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 3 dekad
Aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.

Selesema burung dikesan di rantau Antartika buat kali pertama
Para saintis bimbang wabak Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI) yang paling teruk dalam sejarah akan sampai ke Antartika.

China sambung pembinaan pusat antartika kelima, kata badan pemikir
Kehadiran fizikal Beijing semakin meningkat di wilayah kutub selatan yang berfungsi untuk memajukan kepentingan strategik dan ketenteraan.

Prof Justin, saintis pertama negara jalani penyelidikan di Antartika
Justin berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac.

Kiamat iklim 2040? Malaysia antara negara terjejas
Ais cepat mencair, suhu makin panas di Antartika, gunung berapi mula aktif di Kutub Utara kesan daripada pemanasan global petanda besar berlaku kiamat iklim, diramal 2024 dengan Malaysia terjejas sama

'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.