ANTARTIKA: Bongkah ais sebesar Greater London dilaporkan pecah dan terpisah dari bongkah asal di Antartika.
Penemuan terbaharu itu dilaporkan pada lewat Ahad lalu berdasarkan pemerhatian menggunakan pelbagai instrumen oleh British Antarctic Survey (BAS).
Bagaimanapun, menurut ahli geologi, ia dilaporkan tiada kaitan dengan pemanasan global dan tidak akan menyebabkan paras air luat meningkat.
Ketika ini saiz sebenar masih belum diperincikan namun dianggarkan bongkah yang pecah itu sebesar 1,550 kilometer persegi, menghampiri saiz Greater London.
Bongkah tersebut pecah dari rak bongkah ais Brunt pada ketebalan 150 meter.
Menerusi video yang dirakamkan pada 2019 ini, rekahan tersebut dinamakan sebagai Chasm 1 yang telah terbentuk sejak beberapa tahun lalu berikutan rekahan yang begitu ketara.
Menurut pakar geologi BAS, Profesor Dominic Hodgson, rekahan terbaharu itu berada di pinggir lembaran ais Antartika yang keluar dari darat dan kemudian menghala ke laut.
Ini merupakan pecahan terbesar kedua di kawasan tersebut dalam tempoh dua tahun.
"Ia merupakan kejadian semula jadi. Ia tiada kaitan dengan perubahan iklim.
"Beberapa bongkah ais yang terpecah di lebih banyak lokasi di utara adalah hasil daripada perubahan iklim. Tetapi yang ini lebih jauh ke selatan," katanya.
Difahamkan bongkah ais yang pecah itu akan diberi nama selewat-lewatnya pada Selasa oleh Pusat Bongkah Ais Nasional Amerika Syarikat.
Astro Awani
Tue Jan 24 2023

Dianggarkan bongkah yang pecah itu sebesar 1,550 kilometer persegi, menghampiri saiz Greater London. - Foto Twitter/British Antarctic Survey

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Bongkah ais sebesar Greater London pecah
Menurut ahli geologi, ia dilaporkan tiada kaitan dengan pemanasan global dan tidak akan menyebabkan paras air luat meningkat.

Bongkah ais Antartika pecah lagi, menuju ke South Georgia
Bongkah ais itu dibawa arus ke South Georgia, sebuah pulau di selatan Lautan Atlantik.

Aisberg terbesar di dunia mula terpisah di Pulau Selatan Georgia
Bongkah aisberg itu dianggarkan tiga kali ganda lebih besar daripada kota raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg.

Bongkah ais gergasi bakal langgar Pulau Georgia Selatan?
Bongkah ais yang dikenali sebagai 'A68a' dengan saiz hampir sama dengan pulau selatan Atlantik telah mula membuat pergerakan lebih dua tahun lalu.

Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka
Peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.

Pembinaan Titanic II diteruskan, bakal belayar pada 2022
Titanic II akan menggunakan laluan Atlantik Utara, sama seperti laluan kapal Titanic yang asal, yang tenggelam pada pada April 1912.

'Bukit ais' hanyut ke perkampungan Greenland, cetus kebimbangan tsunami
Penduduk di kawasan pantai telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi yang menempatkan pusat evakuasi.

Bongkah ais gergasi terpisah dari Antartika
Salah satu bongkah ais gergasi terpisah dari Antartika dan ia menggugat keselamatan kapal-kapal di sekitar benua, kata ahli saintis pada Rabu.