PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak awal 2024, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Isnin.
"Pesakit mengalami demam dan merupakan sepupu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang didapati positif dalam ujian virus itu pada 5 Julai," kata kementerian itu, sambil menambah kedua-dua mangsa tinggal di rumah yang sama di Kampung Pou di Daerah Kiri Vong.
"Kira-kira 10 hari sebelum kanak-kanak perempuan itu jatuh sakit, ayam dan itik di kampung telah mati dan keluarga pesakit memasaknya sebagai makanan, dan pesakit telah mempunyai hubungan langsung dengan ayam yang mati," katanya.
Antara tujuh kes H5N1 yang melibatkan manusia setakat tahun ini adalah enam kanak-kanak, salah seorang daripadanya meninggal dunia, dan seorang dewasa. Semua pesakit dilaporkan mempunyai sejarah pendedahan terkini kepada unggas yang sakit atau mati sebelum jatuh sakit.
Selesema H5N1 adalah selesema yang biasanya merebak antara unggas yang sakit, tetapi kadangkala boleh merebak dari unggas kepada manusia, dan simptomnya termasuk demam, batuk, hidung berair, dan penyakit pernafasan yang teruk.
Kementerian itu berkata selesema burung masih menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia, terutamanya kanak-kanak, sambil menggesa orang ramai untuk tidak memakan unggas yang sakit atau mati.
Dari tahun 2003 hingga kini, terdapat 69 kes jangkitan manusia dengan selesema H5N1, termasuk 42 kematian di negara Asia Tenggara itu, menurut kementerian berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Selesema burung masih menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia, terutamanya kanak-kanak. - Gambar hiasan/REUTERS
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.

20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di santuari Washington
Pihak santuari memberitahu, fasiliti itu berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sementara, bagi membolehkan habitat disanitasi.

Kes selesema burung menular di seluruh England
Kes terkini selesema burung dikesan di Norfolk, timur England dan East Riding of Yorkshire, timur laut England.

Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO
WHO memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko jangkitan manusia daripada selesema burung H5N1 kekal rendah.

AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.

Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1.