KISAH kematian aktres Thailand, Tangmo Nida masih hangat diperkatakan. Pelbagai teori dibuat banyak pihak sepanjang siasatan untuk mencari punca sebenar kematian Tangmo yang dilaporkan jatuh dan tenggelam di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.
Jasad Tangmo kemudian ditemukan 38 jam selepas insiden berlaku. Sejak itu pelbagai spekulasi tercetus sehingga banyak yang berandaian kematian pelakon cantik itu membabitkan konspirasi dalam kalangan individu yang berada di dalam bot laju bersamanya pada waktu kejadian.
Individu-individu tersebut adalah pengurus Gatick Idsarin Juthasuksawat, Sand Wisapat Manomairat, pemilik kapal Por Tanupat Lerttaweewit, CEO Orisma Technology Robert Phaiboon Trikanjananun, dan Job Nitas Kiratisoothisathorn.
Dalam erti kata lain, Tangmo didakwa mungkin dibunuh, apabila ada laporan mengatakan pelakon itu telah membeli insurans dengan menamakan anak kepada pengurusnya sebagai pewaris.
Dakwaan kononnya kematian Tangmo dirancang kemudian dikuatkan dengan ‘firasat’ sang ibu setelah melihat jasad anaknya terdapat kesan cedera.
Namun menerusi laporan terkini Bangkok Post, pihak polis Thailand menyifatkan insiden yang berlaku terhadap Tangmo adalah sebuah kemalangan. Biarpun kes ini masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa percaya ia tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Penilaian tersebut disebut polis berdasarkan bukti-bukti sementara yang telah dikumpulkan.
Media sama melaporkan terdapat lima orang telah dipanggil pihak polis untuk disoal siasat dengan sebelumnya, sudah 29 saksi diperiksa terkait insiden kematian Tangmo.
Sehingga saat ini, polis dilaporkan masih mencari benda-benda yang menurut saksi telah dibuang ke sungai usai Tangmo jatuh dari bot laju tersebut.
Terdahulu pemilik dan pengemudi kapal, Por Tanupat Lerttaweewit dan Robert Phaiboon Trikanjananun, didakwa oleh pihak polis kerana lalai menjalankan bot tersebut selain beroperasi tanpa izin.
Namun mereka diketahui juga memberikan 'wang santunan' dan permintaan maaf kepada ibu Tangmo yang menuai kritikan pedas netizen.
Ibu Tangmo menerima 'wang santunan' sebanyak RM3.8 juta dan telah memaafkan dua pihak tersebut.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Mon Mar 07 2022

Pelbagai spekulasi tercetus sehingga banyak yang berandaian kematian pelakon cantik itu membabitkan konspirasi dalam kalangan individu yang berada di dalam bot laju bersamanya pada waktu kejadian. - Gambar/ Gempak
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Kecuaian rakan punca kematian Tangmo Nida, 6 ditahan bantu siasatan
Polis Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Tangmo Nida yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.

3 akan didakwa berhubung kes kematian Tangmo Nida
Seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan ditahan di Balai Polis Muang di daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok.

Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama
Satu jawatankuasa Senat menggesa pihak polis untuk menjadikan kesemua penumpang bersama-sama mendiang aktres Thailand, Tangmo Nida untuk disoal siasat bagi memberikan petunjuk lanjut alam kematiannya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Mac 2022.

Kematian aktres Tangmo Nida: "Kes ini pelik sejak awal lagi" - Pakar forensik Dr Porntip
Kisah kematian aktres popular Thailand, Tangmo Nida masih misteri. Sejak berita kematian pelakon jelita itu mendapat tumpuan dunia, pakar patologi forensik terkenal Thailand, Dr Porntip Rojanasunan.

Kematian Tangmo: Polis siasat rakaman terbaharu 'individu' di atas bot
Rakaman itu menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.

Bukan konspirasi, polis Thailand klasifikasi kematian Tangmo Nida sebagai kemalangan
Pelbagai teori dibuat banyak pihak sepanjang siasatan untuk mencari punca sebenar kematian Tangmo yang dilaporkan jatuh dan tenggelam di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.