Sepanjang 14 tahun perang saudara di Syria, pengeboman rejim Bashar Al-Assad dan penyokongnya menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tinggal dan kekurangan keperluan asas.
Hampir dua juta pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Atmeh berhampiran sempadan Syria-Turkiye, tidak dapat pulang ke rumah selepas ladang dan kampung mereka musnah.
Mereka turut berdepan kesukaran mendapatkan makanan dan bergelut dengan kos yang tinggi untuk membina semula rumah mereka.
Menurut penyelarasan campur tangan Syria, sekitar 120,000 orang awam meninggalkan kem pelarian dan kembali ke pelbagai wilayah di Syria dalam tempoh tiga bulan lalu.
Salah seorang daripadanya, Abdulhamid Muhammed yang dipindahkan dari Abu Zuhur di Idlib pada 2019 berkata, walaupun rejim Assad tumbang, dia masih tidak dapat kembali ke kampung halamannya.
Beliau berkata, ramai yang tinggal di kem pelarian tidak mampu membeli keperluan asas Ramadan disebabkan kos yang semakin meningkat dan kemiskinan.
Menar Yusuf yang dipindahkan dari Kefrenbil, Idlib selepas rumahnya musnah dalam serangan rejim pada 2019 pula berkata, jika ingin kembali, mereka perlu membawa khemah bersama dan berharap agar ramai dermawan akan membantu mereka pada bulan Ramadan.
Fatma Ahras, seorang lagi penduduk kem berkata, mereka hampir tidak mampu membeli roti dan menyeru badan kebajikan serta organisasi bantuan menyediakan makanan dan bekalan asas yang diperlukan.
