DAMASCUS: Kumpulan nasyid popular dan ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan), Inteam menyasarkan sumbangan RM1 juta bagi membantu 100,000 pelarian Syria menghadapi musim sejuk melampau menerusi kempen Cabaran 12 jam Syria.
Ahli Kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun berkata, inisiatif bersama Peduli Insan berkenaan bertujuan mendalami keperitan serta berkongsi kepada masyarakat tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di negara bergolak itu.
Katanya yang turut disertai ahli kumpulannya, Rahim dan Syahril akan tinggal di dalam sebuah khemah di sebuah kem pelarian di wilayah utara Syria.
“Cabaran ini akan bermula dari 11 pagi hingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran langsung di akaun Facebook rasmi Inteam @officialinteam dan cabaran ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta.
“Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Muhammad Hazamin menambah, pihaknya amat mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia untuk tampil membantu menjayakan kempen tersebut.
“Kami sangat berharap semua pihak tampil menyatakan sokongan terhadap pelarian-pelarian Syria dengan berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan tanda pagar #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria,” ujarnya.
Beberapa selebriti tanah air juga akan turut bersama-sama Inteam dalam menjayakan Cabaran 12 Jam Syria melalui panggilan web secara maya, iaitu Mawi, Norman Hakim, Hafiz Hamidun, Syamsul Debat, Bob Lokman dan ramai lagi.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam (07043011061824) yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melayari www.peduliinsan.org.
Ehsan A Marisah
Fri Feb 18 2022

Masyarakat digalak menyumbang demi meringankan beban ditanggung pelarian Syria. - Gambar Peduli Insan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

'Lagu ini sangat disukai arwah ibu saya' - Khai Bahar dipilih Inteam untuk Rabiatul Adawiyah 2024
Kata Syah Inteam, kerjasama bersama Khai Bahar menerusi remake Setanggi Syurga pada tahun 2020 mendapat sambutan luar biasa sekaligus menjadikan projek kedua mereka menjadi realiti pada tahun ini.

Harum Setangkai Doa dedikasi Inteam buat Suhaimi Saad
Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.

Cabaran 12 jam kumpul RM1 juta buat pelarian Syria
Inisiatif bersama Peduli Insan itu bertujuan mendalami keperitan serta berkongsi kepada masyarakat tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di negara bergolak itu.

Bantu dan salurkan sumbangan buat saudara di Syria
Kempen Musim Sejuk siri ke-10 akan memfokuskan kepada dua inisiatif, iaitu Suapan Kasih Syria dan Selimut Kasih Syria.

Kolaborasi istimewa Inteam, Sam Bunkface dalam Mencari Sinar
Mencari Sinar merupakan sebuah karya baharu yang mana melodi dan lirik asalnya ditulis oleh Allahyarham Ahmadi Hassan.