GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis bagi menentukan sama ada cacar monyet patut diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global.
Ini susulan kebimbangan penularan cacar monyet yang kurang diketahui berbanding di benua Afrika.
Pakar epidemiologi di London School of Hygiene & Tropical Medicine, Prof Jimmy Whitworth berpendapat, WHO perlu meningkatkan justifikasi cacar monyet kerana kebimbangan berkenaan penularannya.
"Pengisytiharan tertentu membuka mekanisme untuk memastikan negara memberi sokongan yang diperlukan untuk mengawal epidemik.
"Ketika ini, kebanyakan kes berlaku, epidemik wujud dalam persekitaran rendah sumber. Jadi tiada pendekatan kesihatan awam.
"Ini bermakna negara dengan sumber yang lebih baik dapat menyediakan sokongan diperlukan," kata Whitworth.
Label kecemasan kesihatan awam untuk cacar monyet akan membolehkan lebih banyak dana diperuntukkan dalam usaha mengawalnya.
Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom sebelum ini menawarkan vaksin kepada mereka yang berpotensi terdedah kepada cacar monyet.
WHO bagaimanapun tidak menyarankan pemberian vaksinasi secara besar-besaran.
Sehingga kini 793 kes dilaporkan di UK. Ia kini dikesan menular di 42 negara.
Penularan cacar monyet di Eropah dan negara lain menunjukkan kali pertama ia merebak dalam kalangan individu yang tiada sejarah perjalanan ke Afrika.
Astro Awani
Thu Jun 23 2022

WHO akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis bagi menentukan sama ada cacar monyet patut diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global. -Gambar fail/WHO/Nigeria Centre for Disease Control
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.

Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO
Kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, terus meningkat di beberapa negara Afrika dan penyakit itu mula merebak ke kawasan baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang
Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.

Kerajaan telah aktifkan bilik gerakan mpox - Dzulkefly
Kerajaan telah mengaktifkan bilik gerakan khusus untuk wabak cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.

Mpox: Rujuk dahulu info rasmi KKM untuk sahkan berita tular - Fahmi
Orang ramai diminta merujuk kenyataan rasmi kementerian atau agensi berkaitan untuk mengesahkan sebarang berita tular, termasuk mengenai kes jangkitan cacar monyet atau mpox.