LOS ANGELES: Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis mengisytiharkan darurat di lebih banyak daerah berikutan gelombang haba yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat.
Dalam satu sidang media beliau berkata, amaran itu dikeluarkan ke atas sembilan lagi daerah menjadikan jumlah terkini sebanyak 58, lapor agensi berita Xinhua.
Sidang media itu diadakan di hadapan sebuah tasik yang semakin kekeringan, di San Luis Obispo County.
Beliau berkata, sekitar 42 peratus penduduk di daerah terlibat tertakluk di bawah garis panduan darurat itu. California yang juga dikenali "Golden State' itu dihuni lebih 40 juta penduduk.
BACA: Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Newsom turut menyeru penduduk berjimat cermat dalam penggunaan air.
"Kami berharap... masyarakat mengurangkan penggunaan air sebanyak 15 peratus, tidak hanya tertakluk pada unit kediaman, tetapi merangkumi pihak industri, komersial dan pertanian seperti musim kemarau sebelum ini," katanya.
California sekali lagi dilanda kemarau buruk tahun ini. Sebelum ini, Newsom mengisytiharkan darurat di dua daerah di California Utara pada April dan kemudian diperluaskan kepada 41 dari 58 daerah pada Mei.
"Ketika musim kemarau lepas, kita berjaya berjimat-cermat dan sudah tentu kita mampu lakukannya sekali lagi.
"Rakyat mampu mengurangkan penggunaan air secara sukarela sehingga 15 peratus, sehingga menjimatkan 850,000 meter padu, cukup untuk bekalan 1.7 juta isi rumah selama setahun. "
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Sebelum ini, darurat diisytiharkan di dua daerah di California Utara pada April dan kemudian diperluaskan kepada 41 dari 58 daerah pada Mei. - Reuters

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.

California isytihar darurat susulan gelombang haba melampau
Sekitar 42 peratus penduduk di daerah terlibat tertakluk di bawah garis panduan darurat itu.

Strok haba: Warga kota siap siaga hadapi gelombang panas
Setakat jam 2:21 petang, suhu di sekitar ibu negara adalah 38 darjah celsius dan cuaca panas ini menyaksikan rata-rata warga kota sedar akan bahaya strok haba.

15 maut, gelombang panas landa Montreal, Kanada
Semua kematian dilaporkan di bandar Montreal, di mana suhu mencecah hingga 40 darjah Celsius dan gelombang panas dijangka berterusan sehingga Jumaat.