AGENSI Kawal Selia Ubat-Ubatan Eropah (EMA) enggan mengemukakan sebarang saranan berhubung campuran suntikan vaksin COVID-19.
EMA menegaskan pada Rabu, adalah terlalu awal untuk mengesahkan pemberian vaksin dari pengeluar berbeza sebagai selamat.
Pada masa sama, EMA menasihati negara-negara untuk mempertimbangkan beberapa keadaan.
"Untuk memenuhi keperluan ini dan meningkatkan liputan vaksinasi, negara-negara boleh menyesuaikan strategi mereka... berdasarkan situasi epidemiologi dan penularan varian, dan bukti mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian," katanya dalam satu kenyataan.
Pihak itu juga belum membuat keputusan berhubung keperluan suntikan vaksin tambahan.
Namun, ia mengakui, dua dos suntikan sama ada vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Moderna adalah diperlukan bagi melindungi dari varian Delta yang kian menular.
Ketika ini, beberapa negara mengumumkan suntikan campuran vaksin dalam usaha mengawal jangkitan COVID-19 yang semakin menular.
Kajian Oxford bulan lalu mendapati pemberian vaksin Pfizer empat minggu selepas suntikan vaksin AstraZeneca mampu meningkatkan imunisasi penerima.
Kajian ini didedahkan ketika Pusat Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) menjangkakan varian Delta akan meyumbang kepada 90 peratus penularan di Kesatuan Eropah menjelang Ogos.
Varian itu yang kali pertama dikesan di India, kini menyumbang peningkatan kes jangkitan di seluruh dunia.
Ia juga melambatkan proses pemulihan ekonomi beberapa negara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menjangkakan varian Delta akan mendominasi kes jangkitan di seluruh dunia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021

Ketika ini, beberapa negara mengumumkan suntikan campuran vaksin dalam usaha mengawal jangkitan COVID-19 yang semakin menular. - Gambar hiasan

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

COVID-19: Situasi di Eropah stabil namun pandemik belum berakhir - EMA
Semua pihak perlu terus berwaspada dan harus bersedia untuk kemunculan varian baharu dan kemungkinan lonjakan kes COVID-19 terutamanya pada musim sejuk akan datang.

Ubat COVID-19: EU tandatangan perjanjian dengan GSK
Dibangunkan bersama firma Amerika Syarikat Vir Biotechnology, ubat ini boleh digunakan untuk pesakit koronavirus berisiko tinggi dengan gejala ringan, yang tidak memerlukan oksigen.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Campuran vaksin COVID-19: EMA enggan kemuka sebarang saranan
EMA menegaskan, adalah terlalu awal untuk mengesahkan pemberian vaksin dari pengeluar berbeza sebagai selamat.

COVID-19: EU percepat penilaian vaksin Moderna untuk kanak-kanak
EMA akan mempercepatkan penilaian data yang dikemukakan, namun ia menjangkakan kelewatan sekiranya maklumat tambahan diperlukan.

Vaksin COVID: EU lulus penggunaan Pfizer-BioNTech terhadap remaja
Suruhanjaya Eropah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech kepada remaja seawal usia 12 tahun.

Eropah kaji vaksin Pfizer untuk kanak-kanak
Pemberian vaksin bagi kumpulan umur ini dianggap langkah kritikal ke arah imuniti berkelompok.

Vaksin AstraZeneca: WHO sifatkan pengesahan masuk akal, perlu kajian lebih teliti
Ia susulan pengesahan EMA berkenaan kemungkinan hubung kait vaksin AstraZeneca dengan pembekaun darah yang jarang berlaku.

Vaksin AstraZeneca: Pembekuan darah kesan sampingan sangat jarang berlaku - EMA
EMA mengesahkan menemui 'kemungkinan' hubung kait antara vaksin AstraZeneca dan masalah pembekuan darah yang jarang berlaku.

Ini 5 fakta tentang vaksin Oxford-AstraZeneca perlu anda tahu
Berikut adalah lima fakta mengenai vaksin ini.