COCO MARTIN adalah orang Filipina biasa. Dari segi sosoknya, beliau kelihatan rendah daripada apa yang anda sangkakan.
Wajahnya sangat redup dan tenang, ramping dan kacak selain tidak lekang dengan senyuman.
Sebaik bertemu dengannya, beliau sangat ramah seakan-akan sudah lama saling mengenali.
Beliau mungkin juga boleh jadi seorang mekanik atau petugas hospital yang baik hati, atau barangkali seorang ekspatriat.
Latar belakangnya sukar untuk dikategorikan. Biasa, tetapi seorang yang boleh dipercayai.
Sementara itu, Filipina sudah masuk ke penggal ketiga pentadbiran Presiden Duterte dan dengan pilihan raya separuh penggal yang semakin hampir - termasuk persaingan penting kerusi senator.
Republik itu juga berhadapan dengan kemungkinan masa depan legasi Duterte apabila anak perempuannya, yang kini Datuk Bandar Davao, Sara Duterte, mengatur senarai calon-calonnya sendiri sementara mengetepikan keperluan untuk ‘menyatakan kebenaran’ dalam kehidupan awam.
Kini berusia 37 tahun, Coco adalah bintang utama dalam drama bersiri televisyen terbesar Filipina, ‘Ang Probinsyano’ (Orang Dari Wilayah).
Menurut Kantar Media, pada Februari saja, program di stesen ABS-CBN yang berlangsung lama itu mempunyai rating 41 peratus di seluruh negara --- satu tahap penembusan amat tinggi di negara berpenduduk 105 juta yang obses pada selebriti itu.
Apabila siri itu (Coco adalah juga perunding kreatif dan adakalanya pengarah) mula dilancarkan sejak 2015 lalu, ia segera mendapat sambutan hangat.
Bagaimanapun, dalam tahun 2016, ketika Duterte mula menjadi Presiden dan mengenakan pendekatan ‘macho’ beliau dalam memerintah negara, program bersiri itu mengubah gear, sebagai respons kepada realiti masa kini.
Malah watak yang dibawakan Coco Martin iaitu Ricardo (atau "Cardo") Dalisay -- seorang polis yang tegas dan kalis rasuah --- dengan segera menjadi perhatian semua orang Filipina, sekali gus mengukuhkan semula populariti dan tarikan komersial beliau.
Kesemuanya kelihatannya mendatangkan hasil -- ‘Ang Probinsyano’ setakat ini telah bersiaran selama enam musim dan sebanyak 898 episod.
Watak Cardo adalah berani, mulia dan mengutamakan keluarganya. Malah, adalah sukar -- kalau tidak pun mustahil --- untuk mengasingkan Cardo daripada Coco, seorang bintang.
Di Filipina, pelakon-pelakon (cuba perhatikan Joseph Estrada) dalam kehidupan awam pada akhirnya merupakan gabungan peranan yang paling menyerlah yang pernah dibawakan mereka.
Tambahan pula, pada ketika mood seluruh negara sedang dirundung hal kekerasan dan kekotoran, gabungan Cardo/Coco terlihat lebih menyerlah.
'Ang Probinsyano' adalah hiburan hebat – aksinya bergerak dalam rentak pantas, jalan ceritanya kaya emosi, lengkap dengan cinta dan pengkhianatan.
Drama bersiri itu merentas masyarakat, dari golongan di kemuncak kuasa hinggalah kepada yang di lembah setinggan paling dalam di Tondo, dan di desa pedalaman yang terlalu miskin.
Tambahan pula, tema yang dirangkum menjadi bertambah kompleks, dengan menggambarkan ketegangan di negara itu -- korupsi, dadah, perseteruan samseng dan wilayah-wilayah yang tiada undang-undang.
Dalam episod terbaru, watak ‘Presiden’ berang dan hilang kepercayaan terhadap pengatur kewangan yang sudah lama bersama dengan beliau. Watak itu, seorang wanita gempal dan kasar dalam berbicara, Lily, juga bertindak sebagai pengutip hutang si ‘Presiden’.
Bagaimanapun, ‘Presiden’ itu mengarahkan agar Lily dibunuh. Ia merupakan detik-detik televisyen yang amat mengganggu, setajam cerita 'The Bridge' atau 'House of Cards'.
Coco menjelaskan bagaimana beliau telah cuba memperkayakan garis plot dan perwatakan: "Saya mengambilnya dari pengalaman peribadi, dari mana saya membesar, dalam persekitaran Filipina dan perkara-perkara yang saya lihat melalui berita --- saya menjadikannya semua kepada cerita-cerita untuk ‘Ang Probinsyano’.
Cara pelakon utama itu menggambarkan pasukan polis juga telah mengundang kritikan pihak berkuasa. Beliau menjelaskan: "Saya telah dipanggil banyak kali ke Camp Crame (ibu pejabat polis), dan telah ditanya 'mengapa kamu memburukkan imej polis?'
“Saya menjelaskan pada mereka, 'Mungkin kamu terlupa, watak saya adalah polis. Orang ini melalui kehidupan seharian seperti mana polis biasa mengalaminya. Ada polis boleh menjadi anggota yang baik atau sebaliknya. Saya memaparkan kedua-duanya dalam drama siri saya."
Bagi seorang kanak-kanak lelaki dari kejiranan kelas pekerja seperti Novaliches di Quezon City, Coco (nama sebenarnya adalah Rodel Nacianceno) tidak pernah terfikir beliau dapat berjaya seperti yang dicapai sekarang ini.
"Ibu bapa saya telah berpisah dan saya menjadi seorang anak jalanan. Saya sentiasa terlibat dalam pergaduhan. Saya pernah bertanya pada diri saya mengapakah saya kerap berakhir dalam masalah? Bapa saya pernah selalu terjebak dengan pergaduhan. Dia menjadi bertambah ganas apabila mabuk, yang selalunya disertai dengan perbuatan mengacukan pistol,” imbas Coco.
Meskipun begitu, kebangkitan Coco daripada seorang yang tidak punya apa-apa bukan suatu yang istimewa. Filipina memang penuh dengan cerita seumpama itu.
Bagaimanapun, kerjanya dan malah pandangannya terhadap dunia telah dibentuk oleh dua individu hebat yang menjalani karier yang mungkin menjadi petunjuk masa depan Coco.
Yang pertama ialah pemenang Cannes Pale D'Or, Brillante Mendoza dan yang kedua ialah bintang filem dan bekas calon presiden, mendiang Fernando Poe Junior ('FPJ', yang dikalahkan oleh Gloria Macapagal Arroyyo pada tahun 2004, yang kini dianggap sebagai pilihan raya yang penuh cela).
Coco telah membintangi tiga filem Mendoza yang bertema amat mencabar dan suram.
Setiap satunya lari dari kelaziman, tetapi tidak ada yang lebih hebat daripada filem ‘Kinatay’ yang dikeluarkan pada tahun 2009.
Dalam filem itu, Coco membawakan watak seorang pelajar kriminologi yang tinggal bersama keluarga, namun hidupnya terdesak dan memerlukan tambahan wang tunai. Watak itu akhirnya menjadi saksi kes penculikan, rogol, pembunuhan dan pengeratan jasad seorang pelacur.
Manila yang digambarkan oleh Mendoza adalah suatu yang gelap, terlarang dan tragis.
Bagi Coco, bekerja dengan Mendoza adalah suatu pembentukan diri: "Saya sedar bahawa ia tiada batasan dan saya terlibat dalam filem di mana saya perlu berikan segalanya yang ada pada diri saya.”
Dalam hal lain, ‘Ang Probinsyano’ adalah pembikinan semula filem klasik FPJ tahun 1997 yang berjudul sama.
"Saya mengidolakan FPJ sejak saya kanak-kanak lagi. Ketika membesar, saya menonton hampir kesemua filem FPJ,” ujar Coco.
Sudah tentu, apabila mula memikirkan untuk membuat cerita mengenai polis, ‘Ang Probinsyano’ versi FPJ menjadi pilihan jelas.
Malah, Susan Roces, iaitu balu FPJ berperanan sebagai nenek dalam siri itu dengan menjadi pasak emosi penting di tengah-tengah elemen melodrama.
Tentunya, politik itu tidak jauh daripada aras tinggi dunia penyiaran Filipina dan Coco sendiri telah dilihat dalam acara kempen untuk anak perempuan FPJ, Senator Grace Poe.
Beliau berterus terang: "Saya menyokong beliau. Ini adalah budaya bagi orang Filipina. Kami adalah konservatif, kuat beragama dan mesra keluarga."
Akhirnya, Coco mahukan ‘Ang Probinsyano’ memberi harapan kepada khalayaknya. "Berita-berita penuh dengan hal negatif - kematian, rogol dan dadah. Adakah mereka menunjukkan sesuatu yang positif? Itu adalah suatu yang langka.
“Dengan ‘Ang Probinsyano’, orang memperoleh harapan. Mereka percaya terdapat orang yang akan berjuang dan mengambil inisiatif untuk memperbaiki negara kami.
“Ia bukan semata-mata sifat mementingkan diri sendiri yang mendorong manusia, selain hakikat bahawa terdapat keadilan bagi mangsa."
Maka ketika Coco meneruskan drama bersirinya --- mengarang jalan cerita yang mengimbangi kebenaran dengan harapan, dan kenyataan dengan imaginasi -- adalah menarik untuk melihat di mana pilihan kerjaya selanjutnya akan membawa dirinya.
Bakat dan wawasannya sebagai seorang pelakon adalah tidak diragui.
Adakah jalan yang diambil oleh wira sanjungan Hollywoodnya, Edward Norton dan Sean Penn mencukupi? Atau adakah jawatan di pejabat awam menjadi matlamat akhirnya?
Jawapan Coco adalah merendah diri tetapi nyata: “Orang Filipina adalah bangsa yang sering berikhtiar untuk hidup. Semua yang kami hadapi, kami mampu untuk selamat. Kami tumbang tetapi kami akan bangkit lagi. Begitulah realitinya."
Karim Raslan
Mon Mar 18 2019
Coco Martin adalah 'raja siaran waktu perdana'. - Foto: Carlo Gabuco
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.