Jurucakap Kementerian Perdagangan China He Yongqian berkata demikian dalam sidang media pada Khamis ketika menjawab pertanyaan mengenai tindakan AS menaikkan tarif ke atas import keluli dan aluminium, lapor Xinhua.
Menurutnya, langkah AS itu mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang telah menerima bantahan jelas dari banyak negara, termasuk dalam kalangan pihak di AS sendiri.
Malah, panel Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memutuskan seawal 2022 bahawa tarif Seksyen 232 AS melanggar peraturan WTO, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata AS bukan sahaja mengekalkan tarif sedia ada di bawah Seksyen 232 ke atas keluli dan aluminium, tetapi turut meningkatkan lagi tarif terhadap produk aluminium, sekali gus menjejaskan hak dan kepentingan negara lain, merosakkan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, serta memberi kesan kepada rantaian bekalan global.
--BERNAMA-XINHUA
