Singapura hari ini melaporkan 215 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 10 kes dalam komuniti menjadikan jumlahnya di republik ini kepada 44,122 kes.
Daripada data ringkas tengah hari yang disiarkan hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa kes komuniti melibatkan enam rakyat Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas pekerja.
Manakala terdapat empat kes import, yang kesemuanya diberi Notis Duduk-Rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.
Yang lain kes baharu melibatkan pekerja asing yang mendiami asrama, demikian menurut kementerian itu.
Daripada data lengkap yang disiarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasi 1,879 kes yang dikaitkan dengan komuniti, 582 kes import dan 41,446 melibatkan pekerja asing di asrama.
Setakad tengah hari semalam, 38,500 atau kira-kira 88 peratus daripada 43,907 jumlah keseluruhan pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.
Terdapat 215 kes disahkan masih di hospital semalam dengan satu di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.
Tambahnya lagi, 5,166 pesakit yang mempunyai simptom sederhana atau secara klinikal diuji masih positif COVID-19 telah diasingkan dan menerima rawatan di fasiliti komuniti.
Setakad ini, 26 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Satu kluster baharu dikenalpasti semalam yang melibatkan satu asrama di 20 Senoko Crescent.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020

Singapura hari ini melaporkan 215 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 10 kes dalam komuniti. - Gambar fail/REUTERS

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inklusif kepada sektor gig - Amir Hamzah
SJPP dan SJKP elah memudahkan jumlah pembiayaan PKS sebanyak RM102 bilion, memberi manfaat kepada 75,000 pemilik perniagaan kecil.
Amirudin tidak bertanding Timbalan Presiden PKR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei depan dan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.

SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
SPRM menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel.

Masalah pernafasan Pope Francis semakin merosot - Vatican
Keadaan pernafasan Pope Francis dilaporkan semakin merosot selepas mengalami serangan bronkospasme.
[TERKINI] Dividen KWSP 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2024
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2024.
Kadar itu lebih tinggi berbanding 2023 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.5 peratus dan 5.4 peratus bagi simpanan shariah.
Ia membabitkan pengagihan masing-masing RM63.05 bilion untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion lagi untuk simpanan shariah.
Kadar itu lebih tinggi berbanding 2023 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.5 peratus dan 5.4 peratus bagi simpanan shariah.
Ia membabitkan pengagihan masing-masing RM63.05 bilion untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion lagi untuk simpanan shariah.
Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, melenting selepas ditempelak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Naib Presiden AS, JD Vance, ketika pertemuan di White House.
China, Rusia perlu perkukuh koordinasi global - Xi
China dan Rusia perlu terus memperkukuh koordinasi dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, menurut Presiden China, Xi Jinping.
Jinping menegaskan bahawa kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi rapat di pelbagai peringkat.
Jinping menegaskan bahawa kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi rapat di pelbagai peringkat.
Fasa pertama gencatan senjata Gaza tamat hari ini
Pegawai Hamas mengesahkan Israel berusaha melanjutkan gencatan senjata selama 42 hari, yang dipersetujui sebagai fasa pertama dalam perjanjian itu sepanjang Ramadan, mulai esok.
AWANI Ringkas: SPRM tahan wartawan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama
Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.

Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.

'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.

Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.

PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.

Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.

Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.