SINGAPURA:Singapura tidak lagi akan menanggung kos Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan disediakan untuk warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR) bermula dari 1 Jan 2021.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan, perkara itu dikenakan kepada mereka yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.
"Duduk di kemudahan pengasingan kini menjadi syarat perjalanan antarabangsa yang diterima pakai meluas pada dunia COVID-19. Sebilangan besar SC dan PR yang meninggalkan Singapura dalam tempoh setahun lepas, telah pulang," menurut kenyataan dikeluarkan MOH semalam.
Kementerian itu menyatakan, perkara yang sama juga dikenakan kepada yang pulang ke negara itu termasuklah SC, PR dan Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) baru, juga perlu bertanggungjawab ke atas bil perubatan mereka, jika mereka mempunyai gejala dalam tempoh 14 hari daripada mereka tiba ke Singapura.
Bagaimanapun katanya, mereka boleh menikmati aturan kewangan kesihatan yang biasa untuk bil perubatan mereka seperti subsidi kerajaan dan 'MediSheilds' atau Pelan Perubatan Bersepadu untuk SC dan PR dan juga insuran peribadi untuk LTPH.
Kementerian itu berkata, kerajaan Singapura sehingga kini menanggung kos penginapan di fasiliti khas SHN dan bil perubatan rawatan COVID-19 untuk SC dan PR yang telah meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.
Kerajaan Singapura juga telah menanggung kos perubatan COVID-19 kepada SC, PR, LTPH baru dan juga LTPH sedia ada yang meninggalkan Singapura sebelum 27 MAC 2020.
Sementara itu katanya, kesemua pengembara lain yang tiba di Singapura perlu membayar sendiri kos-kos itu sebagai perbelanjaan peribadi mereka, mengikut aturan perubatan yang mereka ada untuk bil tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Kerajaan Singapura sehingga kini menanggung kos penginapan di fasiliti khas SHN dan bil perubatan rawatan COVID-19 untuk SC dan PR yang telah meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020. - Gambar hiasan
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.