Skip to main content

Dunia

COVID-19: Angka jangkitan seluruh dunia cecah 4.51 juta

81589588127_VirusOutbreakRussi.jpg
81589588127_VirusOutbreakRussi.jpg
Advertisement
DATA Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan 100,000 kes positif COVID-19 di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka 4.51 juta.

Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.43 juta.

Empat negara kini mempunyai kes jangkitan melebihi 200,000 iaitu Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Manakala, lima negara mempunyai kes jangkitan melepasi 100,000 iaitu Brazil, Perancis, Jerman, Turki dan Iran.

Negara lain masih mempunyai kes positif COVID-19 di bawah 86,000.

Sementara itu, angka di India dan Peru kini melepasi China dengan masing-masing merekodkan 85,000 dan 84,000 kes jangkitan.

Jumlah pesakit yang sembuh di seluruh dunia pula meningkat kepada 1.57 juta.

Setakat ini, 188 buah negara merekodkan kes pandemik COVID-19.


Must Watch Video

Advertisement