Skip to main content

Dunia

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.20 juta

71606169573_patientarrives.jpg
71606169573_patientarrives.jpg
Advertisement
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.20 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 435,000 kes.

COVID-19 | Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.20 juta


Ini diikuti Brazil dengan lebih 221,000 kes, manakala India, Mexico dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk  Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.

Selain  itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 ribu kes.

BACA: COVID-19: Kes positif global hampir mencecah 102 juta

BACA: Berita terkini berkaitan vaksin

Must Watch Video

Advertisement