Skip to main content

Dunia

COVID-19: Angka korban seluruh dunia terus meningkat melebihi 272,000

61587041354_covidnewyork.jpg
61587041354_covidnewyork.jpg
Advertisement
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi  272 ribu kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, dua negara kini melepasi angka 30,000 manakala tiga lagi melepasi 20,000 kes korban.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 76,000 kematian.



United Kingdom dan Itali melepasi angka 30,000 korban dengan keseluruhan masing-masing 31,000 dan 30,000 kes.

Negara di kedudukan keempat dan kelima adalah Sepanyol dan Perancis dengan 26,000 dan 25,000 kes maut.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 10,000 kes.

Must Watch Video

Advertisement