SEHINGGA hari ini, Taiwan hanya melaporkan sebanyak 440 kes aktif dan tujuh kematian akibat pandemik COVID-19, antara yang terendah dan mendapat perhatian dunia.
Ramai yang bertanya, bagaimanakah negara itu melakar strategi membendung wabak membunuh ini terutamanya apabila negara jirannya, China sudahpun mengesahkan lebih 80,000 jumlah jangkitan COVID-19 setakat ini.
Taiwan yang memiliki populasi seramai 23.78 juta orang itu menampilkan prestasi yang memberangsangkan atas sebab langkah-langkah pencegahan awal yang diambil sebaik sahaja wilayah Wuhan di China melaporkan kes pertama wabak COVID-19 Januari lalu.
Apakah langkah yang diambil oleh Taiwan dalam mengekalkan kadar jangkitan yang rendah? Ini lima langkah yang diambil dan berjaya membuahkan hasil:
1. Peka dan proaktif
Langkah pencegahan segera diambil oleh pemerintah Taiwan apabila kes pertama COVID-19 mula dilaporkan di wilayah Wuhan, China.
Difahamkan seawal 31 Disember apabila kerajaan China mula melaporkan tentang kes serangan seiras ‘pneumonia’ kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Lantaran itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Taiwan mula mengarahkan proses saringan untuk pengunjung yang tiba dari Wuhan.
Kemudian, Taiwan mula mengarahkan pihak hospital untuk melakukan saringan serta melaporkan kes-kes jangkitan seumpamanya bagi mengenalpasti individu yang dijangkiti untuk menjalani proses kuarantin.
2. Melancarkan ‘task force’: Central Epidemic Command Center
Walaupun kita kini dapat melihat banyak negara mula mengambil langkah pencegahan yang sama seperti Taiwan, namun perbezaannya adalah Taiwan mengambil langkah-langkah tersebut jauh lebih awal dari negara lain.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Taiwan mula melancarkan sebuah ‘task force’ (pasukan bertindak) yang dinamakan sebagai Central Epidemic Command Center seawal bulan Januari.
Dibawah naungan Menteri Kesihatan Chen Shih-chung, ‘task force’ ini berfungsi untuk membincangkan langkah dan strategi untuk dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memastikan kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.
Selain sidang akhbar harian untuk melaporkan maklumat terkini tentang wabak itu, pihak kerajaan juga bekerjasama dengan beberapa syarikat media massa serta telekomunikasi bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
3. Melakukan pencatuan PPE dan pelitup muka
Menyedari isu permintaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang amat tinggi rentetan penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003, kerajaan Taiwan mengambil iktibar situasi tersebut dan melakukan beberapa penambahbaikan bagi mengelakkan hal itu berulang kali ini.
Difahamkan kerajaan mula melarang aktiviti pengeksportan pelitup muka dan mewartakan sistem pencatuan yang ketat antara negeri susulan isu pembelian panik dalam kalangan warga tempatan.
Pencatuan ini adalah hasil kerjasama sektor perkilangan, sistem Insurans Kesihatan Kebangsaan (NHI), badan informasi dan teknologi komunasi dan logistik penghantaran.
Ia bagi memastikan kelancaran semasa waktu pengagihan agar orang ramai menerima pelitup muka yang mencukupi tanpa mengabaikan pengagihan kepada petugas kesihatan barisan hadapan.
4. Pantas mengambil tindakan
Bermula pertengahan Januari lalu, Taiwan mula melarang kemasukan penerbangan dari Wuhan. Hal ini sejurus apabila terdapat laporan kes pertama COVID-19 di wilayah itu.
Tindakan ini kemudiannya disusuli dengan larangan kemasukan warga asing dari beberapa lagi bandar di negara China.
5. Meluaskan penggunaan teknologi
Penggunaan teknologi tentunya turut digunapakai bagi mempermudahkan proses saringan kapasiti besar-besaran.
Alat menguji suhu badan disediakan di sekitar kawasan lapangan terbang bagi mengenal pasti individu-individu yang berpotensi dijangkiti dengan simptom-simptom koronavirus.
Selain itu, para penumpang juga boleh mengimbas kod QR bagi melaporkan sejarah perjalanan mereka dan simptom yang dimiliki.
Data yang dikumpul itu seterusnya disampaikan kepada pihak CDC Taiwan.
Sama seperti negara-negara lain, individu yang baru pulang dari negara-negara yang terkesan akibat COVID-19 juga diarahkan untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari di rumah masing-masing.
BACA: Pakar Kesihatan Taiwan beri amaran gelombang kedua COVID-19 hujung 2020