Skip to main content

Dunia

COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 7.97 juta

51587777787_TBpositifcovid.jpg
51587777787_TBpositifcovid.jpg
Advertisement
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 130,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global pada Isnin meningkat kepada 7.97 juta berbanding 7.84 juta pada hari sebelumnya.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.1 juta.

Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 867,000. 

Rusia pula ketiga tertinggi dengan 536,000 kes.

India menjadi negara keempat dengan 332,000 kes.

Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 adalah United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Peru.

Lapan negara berada dalam kelompok kes jangkitan melebihi 100,000 kes, iaitu  Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico, Pakistan dan Arab Saudi.



Must Watch Video

Advertisement