Skip to main content

Dunia

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 120 juta, kematian 2.657 juta

41615740660_samutsakhon.jpg
41615740660_samutsakhon.jpg

Advertisement

Walaupun banyak negara dunia sudah memulakan program vaksinasi, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global terus tunjukkan aliran peningkatan.

Ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kes positif COVID-19 global kini melepasi 120 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.48 juta kes, diikuti Brazil dengan 11.48 juta kes dan India dengan lebih 11.38 juta kes.

Negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis, manakala Itali dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.

Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes sementara Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru dan Belanda pula catat lebih sejuta kes positif.

Manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal, Belgium, Iraq, Sweden, Filipina, Pakistan, Switzerland, Bangladesh dan Serbia pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes termasuk Malaysia.

Walaupun banyak negara dunia sudah memulakan program vaksinasi, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global terus tunjukkan aliran peningkatan.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.657 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 535,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 278,000 kes.

Mexico, India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Peru, Poland dan Indonesia.

Selain itu, Ukraine, Turki, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.




Must Watch Video

Advertisement