KESATUAN Eropah melancarkan rancangan untuk membantu menghidupkan kembali industri pelancongan Eropah selepas berbulan kritikal susulan pandemik COVID-19.
Pesuruhjaya Eropah Untuk Hal Ehwal Dalam Negeri, Ylva Johansson menyarankan negara yang mencatatkan kadar jangkitan rendah dan mempunyai sistem kesihatan yang kukuh untuk mula membuka sempadan.
“Kami mahu mengembalikan semula kebebasan pergerakan dan kebenaran untuk warga Eropah kembali melancong.
“Tetapi sebelum kebenaran itu diberikan, kita perlu mempelajari bagaimana melancong dalam keadaan selamat dalam pendekatan normal baharu.
“Kita sudah menggariskan tiga kriteria. Pertama sudah tentu syarat utama yang membolehkan sekatan pelancongan dilonggarkan dan kawalan sempadan, adalah penularan virus dan kapasiti sistem kesihatan.
"Kedua, kaedah pencegahan termasuk amalan penjarakan sosial dengan keperluan keselamatan kesihatan untuk melancong dan hospitaliti selain pertimbangan ekonomi dan sosial,” katanya
Eropah mencatat lebih 150,000 kematian sejak kes pertama dikesan di Itali pada Februari.
Susulan itu beberapa negara melaksanakan langkah sekatan.
Larangan kemasukan pelancong dari luar benua dikuatkuasakan hingga 5 Jun depan.