SUSULAN keadaan penularan COVID-19 yang semakin baik, New York memutuskan untuk terus melaksanakan beberapa lagi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).
Buat kali pertama, ia membenarkan penganjuran konsert di Central Park, bagi meraikan pemulihan bandar itu daripada COVID-19.
Menurut Datuk Bandar New York City Bill de Blasio, konsert itu akan berlangsung pada 21 Ogos, yang diibaratkannya sebagai 'kehidupan baharu' buat warga kota itu.
"Namun, saya juga ingin jelaskan, kita mesti pastikan konsert ini selamat dan ia harus menjadikan kita terus bergerak ke hadapan dalam pemulihan.
"Inilah sebabnya kita adakan konsert ini. Jadi, jika anda mahu hadir ke konsert ini, pastikan anda tunjuk bukti anda sudah divaksin," katanya pada Selasa.
Namun setiap pengunjung perlu menunjukkan mereka sudah lengkap divaksin sebelum dibenarkan masuk.
Konsert itu antara lain akan menyaksikan persembahan dari selebriti seperti Paul Simon, Bruce Springsteen, Jennifer Hudson, Carlos Santana, LL Cool J dan Barry Manilow.
"Ini akan menjadi sebahagian sejarah kita," kata de Blasio mengenai konsert yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia oleh CNN.
"Bukti vaksinasi akan diperiksa sebelum dibenarkan masuk. Jika anda belum divaksinasi, dapatkannya segera, kerana anda tidak akan dibenarkan masuk tanpanya," tambahnya.
Astro Awani
Tue Jul 27 2021
Bill de Blasio (gambar) menyifatkan konsert pada 21 Ogos nanti ibarat memberi 'kehidupan baharu' buat warga kota New York. - Gambar fail REUTERS
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert
Datuk Ng Suee Lim berkata syor itu antara perkara yang bakal dibincangkan dan diperincikan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu ini.
Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE
Penggantungan penganjuran semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di acara Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem.
Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.
Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton
Memulakan persembahan dengan lagu Imaji dan Kejam, kelunakan suara Aina tidak mengambil masa lama untuk 'merasuk' kira-kira 1,500 penonton.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1: Persembahan luar biasa sembilan legenda muzik tanah air
Menampilkan sembilan penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy, dan Amir Masdi.
Ubati kerinduan peminat, KRU muncul dengan konsert berskala besar Mei 2025
Selepas kali terakhir KRU mengadakan persembahan pada 2018 di Istana Budaya, Norman mengharapkan konsert kali ini meninggalkan seribu kenangan.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.