Skip to main content

Dunia

COVID-19: Peru negara ke-12 cecah angka positif melepasi 100,000

71590021315_perucovid.jpg
71590021315_perucovid.jpg
Advertisement
JUMLAH kes positif COVID-19 di Peru kini melepasi angka 104,000 kes pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Peru dengan jumlah kematian mencecah 3,024 kes.

Peru merekodkan kes COVID-19 pertamanya pada 6 Mac dan mencapai angka jangkitan 1,000 dalam tempoh 25 hari.

Ia melepasi angka 10,000, 14 hari kemudian pada 14 April.

Negara Amerika Selatan itu berada dalam perintah berkurung sehingga 24 Mei dalam usaha mengekang virus berkenaan.

Jumlah kes yang disahkan di Peru merupakan yang kedua tertinggi di Amerika Latin selepas Brazil.

BACA: COVID-19: Brazil catat lonjakan kes positif, kematian tertinggi dalam 24 jam

BACA: Presiden Brazil sokong penunjuk perasaan, tidak peduli nasihat pakar kesihatan

Presiden, Martin Vizcarra mengumumkan farmasi di seluruh negara diminta untuk menambah senarai stok ubatan generik yang mesti ada dalam bekalan mereka secepat mungkin.

Must Watch Video

Advertisement