ANKARA: Cuba pada Jumaat memutuskan untuk menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Agensi Anadolu (AA).
Radio Havana Cuba melaporkan bahawa di bawah kewajipannya kepada Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Cuba akan melaksanakan haknya sebagai negara ketiga untuk membentangkan tafsirannya mengenai konvensyen itu, yang didakwanya telah dilanggar secara terang-terangan oleh Israel di Semenanjung Gaza.
Kes ini bertujuan untuk menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin akibat penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dan tidak terkawal oleh Israel di wilayah Gaza yang diduduki secara haram.
Cuba menegaskan bahawa Israel, yang dilindungi oleh penglibatan Amerika Syarikat (AS), secara konsisten mengabaikan kewajipannya sebagai kuasa pendudukan di bawah Konvensyen Geneva, katanya.
Cuba menyatakan bahawa genosid, apartheid, pengusiran paksa dan hukuman kolektif tidak mempunyai tempat dalam dunia hari ini dan tidak sepatutnya diterima oleh masyarakat antarabangsa. Cuba menyeru keadilan dan pematuhan kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.
Israel didakwa melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang dalam keputusan terbarunya telah memerintahkan Tel Aviv untuk segera menghentikan operasinya di Rafah iaitu lebih 1 juta rakyat Palestin mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada Mei.
Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejamnya yang berterusan ke atas Gaza, mengorbankan lebih 37,000 dan mencederakan lebih 85,000 rakyat Palestin sejak 7 Okt lepas.
Lebih lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar Gaza dalam keadaan hancur di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Cuba akan laksanakan haknya sebagai negara ketiga untuk bentangkan tafsirannya mengenai Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang - Kementerian
Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, 13 anggota tentera dilaporkan hilang.

Penduduk Cuba bergelap, kerajaan berdepan masalah kurang bahan api
Penduduk di Cuba terpaksa bergelap apabila separuh daripada kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api dan kegagalan infrastruktur.

Cuba pecat Menteri Ekonomi, Alejandro Gil
Presiden Cuba memecat Menteri Ekonomi ketika kontroversi terus meluas berhubung penangguhan langkah-langkah yang baru diumumkan untuk menaikkan harga bahan api.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.

Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.