NEW DELHI: Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa, lapor penyiar Geo TV, menurut Sputnik.
Biro Akauntabiliti Nasional Pakistan, sebuah badan pengawas antirasuah, membangkitkan kes ini kurang daripada sehari selepas mahkamah di Islamabad membebaskan Khan dan isterinya daripada tuduhan perkahwinan tidak sah.
Pada Februari, pasangan itu telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana didakwa bernikah sebelum tempoh idah penceraian Bibi tamat.
Mahkamah di Islamabad mengarahkan badan pengawas itu untuk menyoal siasat kedua-dua suspek, yang kini ditahan di penjara Adiala di Rawalpindi, untuk hadir di mahkamah pada Isnin depan.
Peguam mereka berhujah bahawa perintah reman itu tidak sah dan rayuan untuk pembebasan mereka sudah dalam semakan oleh Mahkamah Agung Pakistan.
Khan, yang memimpin kerajaan Pakistan dari 2018 hingga 2022, telah disingkirkan dari jawatannya dalam undi tidak percaya pada April 2022.
Pada Ogos 2023, Khan ditahan berikutan kes penipuan yang melibatkan penjualan barang-barang berharga yang disimpan dalam perbendaharaan negara. Beberapa tuduhan lain kemudian dikenakan terhadapnya, termasuk pengkhianatan kerana mengedarkan maklumat sulit.
Semasa proses rayuan, kebanyakan tuduhan terhadap Khan digugurkan, tetapi bekas Perdana Menteri itu kekal dalam tahanan kerana kes perkahwinan tidak sah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
![Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037466_ImranKhan.jpg)
Khan, yang memimpin kerajaan Pakistan dari 2018 hingga 2022, telah disingkirkan dari jawatannya dalam undi tidak percaya pada April 2022. - Gambar fail/ Reuters
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
![Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037466_ImranKhan.jpg)
Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.
![Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706688611_TBImranKhanjpg.jpg)
Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini
Mahkamah membatalkan keputusan dalam kes perkahwinan tidak sah yang membuka jalan bagi kemungkinan pembebasan Khan.
![Bekas PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah, dihukum penjara tiga tahun Bekas PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah, dihukum penjara tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686182493_ImranKhan.jpg)
Bekas PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah, dihukum penjara tiga tahun
Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakannya memegang jawatan politik.
![Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662091259_ImranKhan.jpg)
Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.