OAXACA: Datuk bandar sebuah bandar kecil di Mexico berkahwin dengan seekor buaya dalam upacara tradisional pesta menuai, dipercayai bagi menjamin kemakmuran.
Susulan upacara tersebut yang berlangsung 30 Jun lalu, pengantin lelaki itu dilihat mencium reptilia berkenaan yang mulutnya diikat rapi.
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.
Perkahwinan tersebut melambangkan penyatuan manusia dengan golongan dewa.
Tradisi tersebut diamalkan sejak beberapa abad lalu oleh golongan Orang Asli Chontal dan Huave di Oaxaca.
"Ini merupakan penyatuan dua budaya yang berbeza iaitu golongan Huaves dan Chontales," kata Datuk Bandar Victor Hugo Sosa kepada pemberita susulan upacara tersebut.
Astro Awani
Tue Jul 04 2023

Tradisi tersebut diamalkan sejak beberapa abad lalu oleh golongan Orang Asli Chontal dan Huave di Oaxaca. - Foto Twitter/Sebastian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.

Datuk Bandar antara 6 terbunuh serangan Israel di selatan Lubnan
Tentera Israel mendakwa menyerang puluhan sasaran Hezbollah di kawasan Nabatieh dan membongkar infrastruktur bawah tanah.

Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.

MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.

Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.

Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP
Walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai ruang autonomi dalam menguruskan ibu kota, semua tindakan yang diambil perlu selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh JWP.

Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA
Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.