BAITULMAQDIS: Kementerian Kesihatan Israel melaporkan tiga lagi kematian akibat demam Nil Barat pada Rabu, meningkatkan jumlah kematian dalam wabak itu kepada 11, lapor Xinhua.
Menurut Kementerian Kesihatan, 153 orang telah didiagnosis dengan virus itu sejak Mei, jangkitan tahunan tertinggi demam Nil Barat dalam tempoh 24 tahun.
Awal Rabu, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar bersama-sama mengumumkan pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat di kawasan metropolitan Tel Aviv, yang merangkumi bandar-bandar utama seperti Tel Aviv, Herzliya, Petah Tikva dan Kiryat Ono.
Nyamuk yang dijangkiti juga dikenal pasti di kampung berhampiran Netanya, bandar peranginan Laut Merah Eilat dan Majlis Wilayah Hevel Eilot di selatan Israel.
Kementerian Perlindungan Alam Sekitar menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mempergiatkan usaha pemantauan dan pemusnahan nyamuk. Kementerian itu juga menekankan kepentingan kesedaran awam dan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan ancaman nyamuk. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar Israel bersama-sama mengumumkan pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat di kawasan metropolitan Tel Aviv. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Demam Nil Barat ragut 11 nyawa di Israel
Seramai 153 orang telah didiagnosis dengan virus itu sejak Mei, jangkitan tahunan tertinggi demam Nil Barat dalam tempoh 24 tahun.