Skip to main content

Dunia

Dua helikopter terhempas ketika operasi padam kebakaran hutan berhampiran Athens

A firefighting helicopter makes a water drop as a wildfire burns near Haidari in Athens, Greece, July 31, 2026. REUTERS/Louiza Vradi
Sebuah helikopter pemadam kebakaran menggugurkan air ketika kebakaran hutan marak berhampiran Haidari di Athens, Greece. - Foto REUTERS
Advertisement

ATHENS: Dua helikopter dilaporkan bertembung dan terhempas ketika menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di barat Athens, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik penyiar tempatan Greece, ERT pada Ahad.

Juruterbang daripada sebuah helikopter terbabit telah membuat perhubungan radio dengan ibu pejabat jabatan bomba, bagaimanapun nasib anak kapal bagi helikopter kedua masih belum dapat dipastikan.

Pasukan bomba memaklumkan operasi menyelamat dan pencarian berskala besar telah dilancarkan di kawasan berhampiran Kampung Psatha.

Sementara itu, api daripada kebakaran besar kira-kira 50 kilometer di barat Athens telah merebak sehingga berada beberapa kilometer dari Bandar Megara, yang mempunyai populasi sekitar 36,000 penduduk.

Menurut anggaran awal, lebih 10,000 hektar kawasan hutan serta rumah, bangsal dan tanah pertanian telah musnah sejak Jumaat, lapor ERT.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement