LONDON: Dua kelasi kapal terbunuh dalam serangan peluru berpandu Houthi ke atas kapal dagang di Laut Merah pada Rabu (6 Mac), kata pegawai Britain dan Amerika Syarikat (AS).
Kematian pertama dilaporkan sejak kumpulan Yaman yang bersekutu dengan Iran memulakan serangan terhadap perkapalan di salah sebuah kapal di laluan laut paling sibuk di dunia.
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang menyebabkan kapal True Confidence milik Yunani beserta berbendera Barbados, terbakar sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Dalam satu kenyataan di laman media sosial X, Kedutaan Britain yang menjawab pengakuan Houthi itu berkata: "Sekurang-kurangnya dua kelasi yang tidak bersalah telah meninggal dunia. Ini adalah akibat yang menyedihkan tetapi tidak dapat dielakkan daripada Houthi melepaskan peluru berpandu secara melulu ke perkapalan antarabangsa. Mereka mesti berhenti melakukannya.
"Kami sampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dan mereka yang cedera."
Seorang pegawai kanan AS juga mengesahkan dua kelasi telah meninggal dunia.
Sejak November lalu, kumpulan pejuang Yaman itu telah menyerang kapal-kapal di Laut Merah dalam apa yang didakwa mereka sebagai kempen solidariti dengan rakyat Palestin semasa perang di Gaza.
Britain dan AS telah melancarkan serangan balas terhadap Houthi dan pengesahan kematian boleh membawa kepada tekanan untuk tindakan ketenteraan yang lebih kuat.
Terdahulu, sumber perkapalan berkata, empat kelasi lain melecur teruk manakala tiga orang lagi hilang selepas peluru berpandu terkena kapal itu.
Pengendali Greek True Confidence berkata, kapal itu dilanggar kira-kira 50 batu nautika barat daya pelabuhan Yaman Aden sebelum hanyut dan terbakar.
Mereka berkata, tiada maklumat tersedia mengenai status 20 anak kapal dan tiga pengawal bersenjata di dalam kapal itu, termasuk 15 warga Filipina, empat warga Vietnam, dua warga Sri Lanka, seorang India dan seorang warga Nepal.
Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pula berkata telah menerima laporan mengenai insiden 54 batu nautika barat daya Aden, yang terletak berhampiran pintu masuk ke Laut Merah, sambil menambah bahawa kapal itu telah ditinggalkan oleh anak kapal dan "bukan lagi di bawah perintah."
Beberapa kapal dagang lain juga telah rosak dalam serangan tersebut.
Empat hari lalu, Rubymar, sebuah kapal pengangkut pukal milik UK menjadi kapal pertama yang karam akibat serangan Houthi, selepas terapung selama dua minggu dengan kerosakan teruk akibat serangan peluru berpandu.
Semua anak kapal telah selamat dipindahkan dari kapal itu.
AS dan Britain telah melancarkan serangan balas terhadap Houthi yang bertujuan untuk melindungi perkapalan dan kecederaan parah atau kematian dalam kalangan kru yang boleh membawa kepada gesaan untuk tindakan lebih tegas.
Serangan Houthi telah mengganggu perkapalan global, memaksa firma untuk membuat laluan semula ke perjalanan yang lebih lama dan lebih mahal di sekitar Afrika Selatan.
Kos insurans pelayaran tujuh hari merentasi Laut Merah telah meningkat ratusan ribu dolar.
Walaupun pasukan pejuang Houthi mendakwa mereka hanya akan menyerang kapal yang mempunyai kaitan dengan UK, AS dan Israel, namun, sumber industri perkapalan berkata semua kapal lain juga mungkin berisiko.
The True Confidence dimiliki oleh syarikat True Confidence Shipping yang berdaftar di Liberia dan dikendalikan oleh Third January Maritime yang berpangkalan di Greece, kata kedua-dua firma itu dalam kenyataan bersama mereka.
Tegas kedua-dua firma itu lagi, kapal dagang berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan AS. - Reuters
Agensi
Wed Mar 06 2024

Gambar fail Reuters menunjukkan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Laut Merah Hodeidah yang dikuasai Houthi, Yaman.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."

Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.

Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.

Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.

Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.