Skip to main content

Dunia

Dua maut, helikopter tentera AS terhempas di Texas

[TB]_military helicopter crash near Salado_REUTERS
Pasukan kecemasan berada di lokasi nahas sebuah helikopter tentera AH-64 Apache yang berpangkalan di Fort Hood, berhampiran Salado, Texas, Amerika Syarikat, pada Rabu. - Gambar Reuters
Advertisement

TEXAS: Dua individu maut selepas sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di kawasan tengah Texas, pada Rabu, menurut pengesahan pihak berkuasa.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas polis menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.33 tengah hari waktu tempatan berhubung serpihan pesawat yang ditemukan di kawasan ladang di selatan perkampungan Salado.

Tentera AS memaklumkan, pesawat yang terlibat ialah helikopter serangan jenis AH-64 Apache yang berpangkalan di Fort Hood, sebuah pangkalan utama tentera darat AS yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

Jurucakap Pejabat Syerif Bell County, Cliff Coleman berkata, anggota keselamatan yang tiba di lokasi turut menemukan kebakaran besar yang merebak dengan pantas dan sukar dikawal.

Menurut Tentera AS, siasatan terhadap insiden itu sedang dijalankan manakala operasi kecemasan diteruskan bagi mengamankan kawasan nahas.

"Keutamaan kami ketika ini adalah mengawal lokasi kejadian dan menyokong usaha tindak balas awal," kata Pemangku Pegawai Memerintah Divisyen Berkuda Pertama, Brigedier Jeneral Ethan Diven.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa sambil menegaskan pihak tentera masih menunggu maklumat lanjut berhubung nahas berkenaan. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement