Tiada sekolah yang dibenarkan membawa pelajar menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu sehinggalah keselamatan di wilayah itu disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat memberitahu persidangan Parlimen pada Isnin.
Dalam jawapannya kepada soalan di Parlimen, Heng berkata Kementerian Pendidikan mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa berikutan kejadian gempa bumi yang di luar jangkaan baru-baru ini, ia akan menilai dan memantau pergerakan seismik di Sabah serta meneliti langkah keselamatan bagi semua pendaki.
Ketika menggambarkan bencana gempa bumi yang tiba-tiba melanda Gunung Kinabalu di Sabah pada 5 Jun 2015, Heng berkata tujuh pelajar dan dua guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong (SJTK), serta seorang pengajar warga Singapura yang menyertai ekspedisi mendaki gunung itu, telah kehilangan nyawa mereka.
"Kami semua teramat sedih dengan tragedi ini. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terkorban. Selain 10 rakyat Singapura, enam rakyat Malaysia termasuk dua jurulatih Mountain Torq yang bersama-sama pelajar dan kakitangan SJTK, juga kehilangan nyawa dan kami ucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mereka," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata: "Kami gembira kerana dapat membawa balik 22 pelajar dan enam guru dengan selamat.
"Kami berterima kasih kepada jurupandu Sabah dan jurulatih Mountain Torq yang membantu guru kita memindahkan pelajar dari gunung itu. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan pelbagai agensi Malaysia termasuk pihak berkuasa negeri Sabah, atas sokongan dan bantuan mereka dalam mencari, menyelamat dan usaha pemulihan," kata Heng.
Beliau berkata dalam kajian pihaknya berhubung kejadian itu, adalah jelas bahawa dalam merancang dan melaksanakan sebarang lawatan sambil belajar di luar negara, sekolah perlu terus mengadakan penilaian risiko dan mengambil segala langkah keselamatan serta langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.
Namun begitu, beliau berkata adalah mustahil untuk meramalkan bencana alam atau menidakkannya sama sekali.
Malah, katanya, ahli seismologi berpendapat kebarangkalian berlakunya gempa bumi yang membawa kemusnahan di kawasan sekitar Gunung Kinabalu tidak dapat dipastikan dan tidak ada sebarang amaran awal.
"Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kementerian akan membentuk Panel Penasihat terdiri daripada pakar tempatan dan antarabangsa. Panel ini akan menyediakan input tambahan kepada kementerian dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan program pengembaraan sambil belajar yang dijalankan di dalam dan luar negara," kata Heng.
Bernama
Mon Jul 13 2015

HENG: Larangan itu hanyalah sehingga keselamatan di Gunung Kinabalu disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Ekspedisi ke Gunung Kinabalu dilarang sehingga disahkan selamat - Menteri Singapura
Larangan itu hanyalah sehingga keselamatan di Gunung Kinabalu disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Heng Swee Keat.

Pemeriksaan percuma, diskaun untuk kereta Perodua rosak akibat gempa
Perodua akan bayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 selain menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tulen.

AirAsia bantu angkut barang bantuan mangsa gempa ke Kota Kinabalu
Kumpulan pertama barangan itu mengandungi 350 helai jaket dijadual berlepas dari KLIA2 jam 9.29 malam ini.