PELAWAK kelahiran Sepanyol, Juan Joya Borja atau lebih dikenali sebagai Él Risitas' meninggal dunia pada tengah hari Rabu.
Mendiang yang terkenal dalam paparan meme di laman sosial disahkan meninggal dunia di Virgen de Rocío University Hospital, Seville, Sepanyol setelah keadaan kesihatannya semakin merosot.
Punca kematian sebenar bagaimapun tidak didedahkan.
Menurut laporan BBC, Borja telah dimasukkan ke hospital sejak September tahun lalu kerana menghadapi masalah kesihatan.
Dia yang dikenali sebagai 'Spanish laughing guy' viral sejak penampilannya dalam program lewat malam Ratones Coloraos pada 2014, apabila wajah ikonik lucunya dijadikan meme oleh pengguna media sosial seluruh dunia.
Dalam program tersebut, Borja berjenaka apabila ditanya oleh pengacara berkenaan nasib buruknya bekerja sebagai pembantu dapur.
Kedua-dua mereka dilihat tidak dapat menahan ketawa lantas membuatkan peminat menggunakan wajahnya sebagai meme, termasuk melakukan parodi.
Pada Mac lalu, Borja berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana telah menganjurkan kempen mengumpul dana untuk membeli skuter elektrik setelah salah satu kakinya terpaksa dipotong akibat komplikasi kesihatan.
Nickyson Nyambar
Thu Apr 29 2021

Punca sebenar kematian Borja tidak didedahkan, bagaimanapun dia yang dikenali sebagai 'Spanish Laughing Guy' dimasukkan ke hospital sejak September tahun lalu. - Foto ihsan media sosial
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

'El Risitas', lelaki di sebalik meme popular meninggal dunia
Pelawak kelahiran Sepanyol, Juan Joya Borja atau lebih dikenali sebagai l Risitas' meninggal dunia pada tengah hari Rabu.