NEW DELHI: Empat ahli keluarga Hinduja yang berasal dari India, merupakan keluarga terkaya di Britain, pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara di Switzerland kerana mengeksploitasi pembantu rumah mereka dari India.
Mahkamah di Geneva mendapati Prakash Hinduja, 79, isterinya Kamal, 75, anak lelaki Ajay, 56, dan menantu perempuan Namrata, 50, bersalah kerana membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja mereka yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
Prakash dan isterinya, Kamal masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun enam bulan penjara manakala Ajay dan isteri, Namrata menerima hukuman penjara empat tahun.
Keluarga Hinduja, yang tidak hadir di mahkamah semasa keputusan dibacakan, dibebaskan daripada tuduhan lebih serius iaitu pemerdagangan manusia atas alasan pekerja itu datang ke Switzerland secara sukarela dan sedar dengan kontrak pekerjaan mereka, menurut laporan media British.
Mereka menghadapi tuduhan seperti merampas pasport kakitangan domestik mereka, menghalang mereka keluar dan membuat mereka bekerja dalam tempoh yang panjang.
Pembantu rumah itu dibayar gaji antara 220 hingga 400 franc Swiss sebulan, jauh lebih rendah daripada kadar biasa di Switzerland, menurut laporan laman web Guardian.
"Mereka mengaut keuntungan daripada kesengsaraan dunia," kata pendakwa raya Yves Bertossa kepada mahkamah.
Pendakwa raya juga berkata keluarga berkenaan membelanjakan lebih banyak wang untuk seekor anjing daripada pekerja mereka.
"Keempat-empat Hinduja tahu kelemahan kakitangan itu dan tahu apa peraturan di Switzerland, kerana mereka semua adalah warganegara Swiss dan Ajay mendapat pendidikan di Switzerland," kata hakim yang mendengar perbicaraan itu, Sabina Mascotto dalam laporan.
Defendan kelima dalam kes itu adalah pengurus perniagaan keluarga, Najib Ziazi, yang dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dengan penangguhan.
Peguam bagi keluarga Hinduja telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
"Keluarga ini mempunyai keyakinan penuh terhadap proses kehakiman dan tetap yakin bahawa kebenaran akan terserlah," kata peguam mereka.
Prakash, yang dilahirkan di India, adalah seorang daripada tiga beradik yang keluarganya mengawal Kumpulan Hinduja, memperoleh kewarganegaraan Swiss pada 2000.
Abang sulung, Srichand Parmanand Hinduja, meninggal dunia pada usia 87 tahun di London pada Mei 2023 selepas itu Gopichand, 84, mengambil alih sebagai pengerusi kumpulan yang dianggarkan bernilai GBP37 bilion (kira-kira US$47 bilion).
Ashok, anak bongsu pengasas kumpulan Parmanand Deepchand Hinduja, menguruskan operasi konglomerat di India.
Terdapat perebutan kuasa dalam kumpulan itu tetapi keluarga berkenaan mencapai perdamaian pada 2022.
Kumpulan ini terlibat dalam sektor seperti automotif, perbankan, teknologi maklumat, kimia, tenaga, media, infrastruktur dan penjagaan kesihatan dan menggaji 200,000 orang di India dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Peguam keluarga Hinduja (dari kiri) Nicolas Jeandin, dan Robert Assael, bercakap kepada media sejurus keluar dari mahkamah di Geneva. - AP

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.