QUITO (Ecuador): Enam banduan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sel mereka di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Rabu, menurut Perkhidmatan Berpadu Negara terhadap Individu Yang Ditahan dan Pesalah Remaja (SNAI).
Menurut SNAI, pengawal keselamatan menemukan kesemua mayat banduan tergantung di dalam sel mereka di penjara Guayas 1, atau dikenali sebagai Litoral Penitentiary, lapor Xinhua.
"Perkhidmatan kami dan pihak berkuasa pusat itu bersedia bekerjasama untuk sebarang prosedur dan siasatan," menurut SNAI.
Menurut media tempatan, sel banduan-banduan terbabit dilaporkan di bawah kawalan kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan pengedaran dadah.
Sejak Februari 2021, kira-kira 214 banduan dibunuh di penjara ini yang terletak di bandar pelabuhan Guayaquil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Pengawal keselamatan menemukan kesemua mayat banduan tergantung di dalam sel mereka di penjara Guayas 1, atau dikenali sebagai Litoral Penitentiary. - Gambar hiasan
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Enam banduan ditemukan maut tergantung di penjara Ecuador
Enam banduan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sel mereka di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Rabu.
Warden, pegawai ditahan kes banduan mati dalam penjara
Dalam kejadian pada 4 Oktober lalu itu, seorang banduan lelaki yang ditahan di Penjara Pusat Kepayan difahamkan ditemui tidak sedarkan diri.