ANKARA: Wawancara Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dengan penyiar tempatan secara tiba-tiba terganggu pada malam Selasa apabila pemimpin Turkiye itu berasa tidak sihat semasa acara langsung itu kerana mengalami selesema perut, yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.
Wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden. Siaran langsung itu tiba-tiba terganggu apabila seorang wartawan mula bertanya soalan mengenai rombakan Kabinet masa depan.
Suasana "lama terdiam" ketika siaran itu menimbulkan kebimbangan di media sosial, lapor Sputnik.
"Pertama sekali, saya doakan kesihatan yang baik. Ada banyak kerja pilihan raya semalam dan hari ini. Itulah sebabnya saya diserang selesema perut. Saya juga terfikir sama ada kami perlu membatalkan program itu. Namun kami berjanji dan kami datang. Saya memohon maaf kepada anda dan penonton kami," kata Erdogan dalam siaran selepas lama berdiam.
Selepas dua soalan singkat, seorang moderator mengumumkan bahawa temu bual dengan pemimpin Turkiye itu hampir tamat untuk "membenarkan Tuan Presiden berehat".
Kemal Kilicdaroglu, calon presiden pakatan pembangkang Turkiye, mendoakan agar Erdogan cepat sembuh.
Meral Aksener, pemimpin Good Party, juga mendoakan agar Erdogan cepat sembuh di Twitter.
Jurucakap presiden Turki Ibrahim Kalin berciap bahawa Erdogan "berada dalam keadaan sihat, Alhamdulillah".
Pilihan raya presiden dan Parlimen Turkyei dijangka berlangsung pada 14 Mei. Pilihan raya itu mungkin merupakan pemilihan paling mencabar bagi Erdogan dan Justice and Development Party yang memerintah susulan gempa bumi pada Februari lepas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50,000 orang dan menyebabkan kerosakan material yang ketara.
Kilicdaroglu yang diketengahkan oleh pakatan pembangkang enam parti, dianggap sebagai lawan utama Erdogan. Keputusan undian sebelum pilihan raya sentiasa berubah dan belum lagi menampakkan calon pilihan tidak boleh dipertikaikan dalam pilihan raya akan datang.
Senarai calon presiden juga termasuk Muharrem Ince dari Homeland Party dan Sinan Ogan dari Perikatan ATA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
Selepas dua soalan singkat, seorang moderator mengumumkan bahawa temu bual dengan pemimpin Turkiye itu hampir tamat untuk "membenarkan Tuan Presiden berehat". - Gambar/ AP
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Pilihan raya Turkiye: Sokongan pengundi untuk Presiden Erdogan merosot
Dengan hampir 91 peratus peti undi dikira, sokongan untuk Erdogan merosot di bawah majoriti yang diperlukan untuk memenangi Pemilihan Presiden.
Erdogan pendekkan wawancara langsung kerana selesema perut
Wawancara Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dengan penyiar tempatan secara tiba-tiba terganggu pada malam hari Selasa apabila pemimpin Turkiye itu berasa tidak sihat.