Skip to main content

Dunia

FBI patahkan cubaan lancar serangan sempena sambutan Krismas

61514062760_terrorismterrorist.jpg
61514062760_terrorismterrorist.jpg

Advertisement

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendakwa berjaya menggagalkan rancangan pengganas yang cuba dilancarkan menjelang sambutan Hari Krismas.

Menurut Pegawai FBI, pengganas bercadang melancarkan serangan itu di San Francisco.

FBI setakat ini telah menahan seorang individu yang dikaitkan dengan rancangan tersebut.

Everitt Jameson didakwa pada Jumaat kerana memberi sokongan material kepada organisasi pengganas yang disyaki militan Daish.

Pihak FBI dilaporkan telah mengawasi Jameson sejak pertengahan September lalu, selepas beliau didapati mempunyai jawatan dalam gerakan militan tersebut.

Must Watch Video

Advertisement