ISTANBUL: Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel bagi menghantar bantuan terus masuk ke Gaza.
Menurut Peguam Hak Asasi Manusia yang juga merupakan warga Palestin-Amerika Syarikat, Huwaida Arraf, misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
“Menerusi perancangan laluan ini, ia jelas tidak akan mendatangkan apa-apa ancaman kepada rejim Israel dan angkatan tentera lautnya dan segala apa yang diusahakan tidak bertentangan sama sekali dengan undang-undang.
“Kita melakukan segala perancangan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang terlibat sekali gus berharap agar dapat masuk ke Gaza bagi menghantar semua bantuan ini dengan jayanya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram @gazafreedomflotilla baru-baru ini.
Justeru, beliau menggesa agar liputan secara meluas dapat dilakukan oleh petugas media terlibat termasuk semua media di peringkat antarabangsa bagi mewar-warkah misi ini kepada masyarakat global.
“Kami (Freedom Flotilla Coalition) menyeru agar semua media dapat mendokumentasikan misi ini sebaiknya bagi memperlihatkan kepada masyarakat dunia tentang agenda misi ini secara keseluruhannya.
“Sebagai manusia biasa yang hanya berniat menghantar bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, saya juga menyeru warga global untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini.
“Kami bukan sahaja memerlukan mereka yang menjadi peserta misi, kami memerlukan penyertaan anda semua untuk terus menyebarkan berita berkenaan misi ini bagi membolehkan pelayaran kami selamat dan berjalan lancar seperti dirancang,” tambahnya lagi.
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla dijadualkan memulakan pelayaran pada 26 April 2024 (Jumaat).
Tiga buah kapal terdiri daripada satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 peserta terlibat dalam misi ini.
Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaantermasuk lapan buah ambulans.
Syafik Shukri Jalil
Wed Apr 24 2024
![Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713954591_HuwaidaArrafFreed.jpg)
Menurut Peguam Hak Asasi Manusia, Huwaida Arraf, misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin. - Foto REUTERS
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
![Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714725408_TBhandala.jpg)
Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
![Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714168925_TBFreedomFlotilla.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
![Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714154029_TBFLOTILLA.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
![Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714138206_FreedomFlotilla.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
![Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa' Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714127051_DrFauziahHasan.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
![Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714085414_ProfDrMohdAfandi.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
![Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714085228_DrFauziahHasan.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
![Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714080488_FreedomFlotillaCoa.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
![Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714005949_FreedomFlotillaCoa.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
![Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713998556_FreedomFlotillaCoa.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.