ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Menurut Ann Wright yang merupakan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC) berkata, tekanan antara lain terkait dengan peranan Washington yang selama ini memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan kepada Ankara dalam urusan pembelian senjata ketenteraan negara ini.
“Turki adalah sebahagian daripada anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera NATO membeli banyak peralatan ketenteraan dibekalkan AS.
“AS pula memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dan pastinya dalam aspek ketenteraan ini, AS berperanan membekal lebih banyak senjata kepada Turki.
“Pastinya ini antara tekanan yang diberikan kepada Turki dalam menghentikan misi ini,” katanya menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Instagram aktivis FFC, @medeabenjamin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Tekanan Israel punca pelayaran tangguh lagi
Pada masa sama, Wright berkata Jabatan Negara AS juga sebelum ini mengeluarkan amaran perjalanan kepada semua warga negara itu yang menyertai misi ini.
Ini kerana Washington tidak mahu warga negara AS terlibat dalam sebarang bentuk konfrontasi dengan rakan sekutunya, Israel.
“Setiap kali misi Flotilla diadakan, Jabatan Negara AS pasti akan mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga yang ingin sertai misi ini.
“Mereka antara lain tidak mahu kita (warga AS) mencabar kerajaan Israel.
“Pastinya apabila AS terus menerus bersekongkol dengan kezaliman Israel di Gaza pastinya keterlibatan kita dalam misi sangat mencabar kerana kerajaan kita terus menyokong kezaliman yang berlaku di sana,” tambahnya.
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza yang sepatutnya memulakan pelayaran pada hari ini (Jumaat) sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
FFC berkata, hal ini berlaku disebabkan timbul kekacauan daripada rejim Israel yang terus menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Syafik Shukri Jalil
Fri Apr 26 2024

Menurut Wright, Jabatan Negara AS juga sebelum ini mengeluarkan amaran perjalanan kepada semua warga negara itu yang menyertai misi ini. - Foto Astro AWANI/Syaff Syukri

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.

Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.

Gaza Freedom Flotilla: Setiap peserta akan diwakili peguam dilantik FFC
Ia sebagai persediaan bagi membantu setiap peserta sekiranya mereka ditahan oleh tentera rejim dan dipenjarakan.

Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC
Sebelum memulakan pelayaran, FFC akan memberi taklimat keselamatan khusus buat peserta mengenai aspek keselamatan lain dengan lebih terperinci.

Gaza Freedom Flotilla: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan melihat kepada situasi dan keadaan semasa.

Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.

Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini
Tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan terlibat dalam misi ini.