DELHI: India menyaksikan kenaikan mendadak dalam 'perkahwinan panik' berikutan cadangan kerajaan negara itu menaikkan had umur wanita dibenarkan berkahwin dari 18 tahun kepada 21 tahun, sama seperti lelaki.
Situasi itu menyebabkan ibu bapa berpusu-pusu mahu mengahwinkan anak perempuan mereka yang semakin mengakhiri usia remaja.
Mereka khuatir cadangan Rang Undang-undang Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak (Pindaan) 2021 akan menjadi undang-undang baharu.
Justeru, ada yang sanggup membayar yuran tiga kali ganda atau sedang bermati-matian mencari calon suami untuk anak mereka meskipun ada laporan menyatakan banyak majlis perkahwinan berlangsung di rumah kerana sebilangan besar dewan sudah penuh.
Untuk rekod, rang undang-undang itu disegerakan melalui Parlimen bulan lalu dengan beberapa perbahasan, bertujuan meningkatkan kesaksamaan jantina dan menghapuskan perkahwinan kanak-kanak.
Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Smriti Irani yang memperkenalkan rang undang-undang itu, berkata langkah untuk meningkatkan umur undang-undang adalah "langkah yang menentukan" masa depan India.
"Negara ini masih didiami masyarakat konservatif di mana wanita berkahwin pada usia muda bukanlah sesuatu yang luar biasa dan perkahwinan bawah umur adalah perkara biasa terutama di kawasan luar bandar," katanya
Menurutnya, sehingga kini sebanyak 200,000 kes perkahwinan kanak-kanak dihentikan oleh pihak berkuasa antara 2015.
Manakala Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan terkini - bagi 2019 hingga 2021 - mendedahkan bahawa 6.8 peratus remaja perempuan berumur 15 hingga 19 tahun mengandung dalam tempoh dua tahun itu.
Data itu juga mendedahkan 23.3 peratus wanita berumur 20 hingga 24 telah berkahwin sebelum umur 18 tahun, walaupun itu adalah haram.
Kira-kira 635,000 isi rumah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.
Belum lagi diangkat menjadi rang undang-undang baharu, cadangan tersebut dilihat telah menimbulkan kekecohan orang ramai.
Pengkritik telah menegaskan bahawa menaikkan umur perkahwinan boleh menjadi "resipi untuk bencana" dan menghukum wanita dewasa yang muda.
"Undang-undang baharu akan mengawal autonomi wanita dewasa sambil merompak hak seksual mereka untuk berkahwin apabila mereka berasa bersedia.
"Jika remaja berusia 18 tahun boleh mengundi, memandu, mewakili negara dalam Sukan Olimpik dan berlakon dalam filem, mengapa mereka tidak boleh mengikat tali pertunangan pada usia itu?” soal Pratibha Kapur, seorang aktivis yang berpangkalan di Delhi.
Kapur menegaskan rang undang-undang itu juga bertujuan untuk meminda undang-undang peribadi lain.
Dakwanya, ia termasuklah Akta Perkahwinan Kristian India, Akta Perkahwinan dan Perceraian Parsi, Akta Permohonan Undang-undang Peribadi Muslim (Syariah), Akta Perkahwinan Khas, Akta Perkahwinan Hindu dan Perkahwinan Asing.
Agensi
Wed Jan 12 2022

Sebelum undang-undang had umur wanita dibenarkan berkahwin dari 18 tahun kepada 21 tahun dilaksanakan di India, ibu bapa mula sibuk nikahkan anak. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gadis sunti di India semakin 'laris', ibu bapa kalut cari menantu
Sebelum undang-undang had umur wanita dibenarkan berkahwin dari 18 tahun kepada 21 tahun dilaksanakan, ibu bapa mula sibuk nikahkan anak.