JAKARTA: Punca utama tragedi Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur pada 1 Okt lepas yang meragut 132 nyawa disebabkan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang ramai, kata Menteri Kanan Indonesia.
Laporan tragedi oleh jawatankuasa khas diketuai Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Mahfud MD telah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Dalam satu sidang media, Mahfud berkata laporan setebal 124 muka surat yang mengandungi perincian mengenai penemuan dan cadangan itu turut mendapati bahawa Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) harus bertanggungjawab sepenuhnya.
"Lembaga eksekutif PSSI dan sub-organisasinya mesti bertanggungjawab," kata Mahfud sambil menambah bahawa polis mesti terus menjalankan siasatan mengenai tragedi itu.
Semasa perlawanan 'East Java Derby' antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, tuan rumah tewas buat kali pertama di laman sendiri dalam tempoh 23 tahun sekali gus mencetuskan kemarahan penyokong.
Selepas perlawanan tamat penyokong yang berang memasuki padang untuk berdepan dengan pemain dan pegawai pasukan.
Situasi bertukar tegang, memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beribu-ribu penyokong berasak-asak untuk keluar dari stadium melalui beberapa pintu pagar sehingga menyebabkan rempuhan.
Seramai 132 orang maut manakala 622 cedera dalam tragedi itu, memetik angka terkini dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Malang.
Susulan insiden itu, Arema FC didenda RM76,124 oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia manakala Polis Indonesia memecat ketua polis Malang dan sembilan lagi anggota.
Pada 7 Okt, polis mengumumkan enam individu terdiri tiga ahli jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis akan didakwa atas kesalahan jenayah.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam Basuki Hadimuljono berkata kementerian akan memulakan proses menaik taraf stadium itu pada tahun depan.
Pasukan penilai teknikal kementerian mencadangkan tujuh aspek perlu ditambah baik iaitu pintu stadium, pintu kecemasan, lampu, tandas, pagar dan perimeter bangunan utama.
Reka bentuk stadium baharu itu akan disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan termasuk monumen yang akan turut dibina bagi memperingati mangsa tragedi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Selepas perlawanan tamat penyokong yang berang memasuki padang untuk berdepan dengan pemain dan pegawai pasukan.- Gambar fail/AP/Yudha Prabowo
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.
Penunjuk perasaan tuntut siasatan tragedi Stadium Kanjuruhan
Penyokong Arema FC memulakan perhimpunan dengan bacaan doa di bandar Malang, Jawa Timur.
Stadium Kanjuruhan bakal dirobohkan
Jokowi berkata negara mesti "mengubah secara menyeluruh" cara ia menguruskan penganjuran sukan itu.
Jokowi terima kunjungan Presiden FIFA bincang transformasi bola sepak Indonesia
Pertemuan selama dua jam itu turut membincangkan secara terperinci aspek pengurusan stadium, keselamatan, perlawanan dan penyokong.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Rakaman kejadian menerusi CCTV dipadamkan - Laporan
Rakaman yang dipadamkan adalah selepas perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lepas.
Gas pemedih mata cetuskan tragedi Stadium Kanjuruhan - Polis
Laporan tragedi oleh jawatankuasa khas diketuai Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Mahfud MD telah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Indonesia tubuh pasukan bebas, cari punca kejadian rempuhan
Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan bebas bagi menyiasat kejadian rempuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Sabtu lalu.
Tragedi Stadium Kanjuruhan: Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas
Pihak polis Indonesia menghadapi tekanan yang semakin meningkat disebabkan tindakan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan kekecohan.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Indonesia tubuh jawatankuasa khas siasatan
Jawatankuasa yang diketuai Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Mohammad Mahfud MD itu turut dianggotai 12 lagi ahli.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Henti kata 'yang menang hidup, yang kalah mati'
Pengurus pasukan bola sepak Arema FC, Ali Fikri memohon masyarakat tidak terus menuding jari antara satu sama lain dalam insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Sabtu lalu.