ROM: Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.
Keadaan cuaca yang teruk telah menyebabkan panas terik di ibu negara Rom dengan suhu dicatatkan antara 40C hingga 42C (104F hingga 107F) pada tengah hari.
Kementerian Kesihatan yang mengkategorikan tahap risiko suhu kepada empat kod warna, menaikkan tujuh bandar kepada kategori tertinggi "merah" pada Khamis apabila gelombang haba terus meningkat.
Antara bandar terlibat ialah Rom dengan gelombang haba telah memberi kesan ketara terhadap kehidupan seharian.
Pelancong yang melawat bandar bersejarah itu dilihat menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada cahaya matahari terik.
Spanish Steps yang biasanya penuh dengan pengunjung, kelihatan lengang disebabkan oleh suhu yang melambung tinggi.
Situasi itu mengakibatkan orang ramai mencari kelegaan dengan menyejukkan diri di kawasan air pancut di bandar itu.
Sebagai tindak balas kepada keadaan melampau itu, pihak berkuasa telah memasang kipas besar dan khemah mudah alih di lokasi pelancongan popular, termasuk Colosseum untuk menyediakan kawasan teduhan dan kemudahan penyejukan kepada pengunjung.
Kementerian Kesihatan juga telah memperluas amaran "merah" dengan memasukkan empat bandar tambahan pada Jumaat, menjadikan jumlah bandar yang berada di bawah amaran berisiko tinggi kepada 11.
Bandar yang terjejas kini termasuk Rom, Florence, Bologna, Campobasso, Frosinone, Latina, Perugia, Pescara, Rieti, Trieste dan Viterbo.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Fri Jul 12 2024
![Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720774947_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Kementerian Kesihatan yang mengkategorikan tahap risiko suhu kepada empat kod warna, menaikkan tujuh bandar kepada kategori tertinggi "merah" pada Khamis apabila gelombang haba terus meningkat. - Gambar/ AP
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
Pembukaan syarikat berteknologi tinggi buka banyak peluang pekerjaan di Sarawak
Tan Sri Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri meningkatkan ekonominya itu dengan membangunkan beberapa syarikat penting dan berteknologi tinggi akan menarik minat anak Sarawak untuk kembali bekerja di Bumi Kenyalang menerusi peluang pekerjaan yang disediakan.
![Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687229366_Texas.jpg)
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
![Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727174523_JanuszWojciechowski.jpg)
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
![Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726392150_Seoul.jpg)
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722934799_coldwater.jpg)
Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan
Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.
![Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693112961_CuacaPanas.jpg)
Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.
![4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan 4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693112961_CuacaPanas.jpg)
4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan
Sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.
![Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722750404_tbstrongsunlightT.jpg)
Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.
![Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721777733_Wildfires.jpg)
Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Seramai 170 anggota bomba serta pelbagai jenis jentera dan kenderaan digunakan untuk memadamkan api.
![Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721467144_tbTreviFountaines.jpg)
Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba
Amaran merah, yang tertinggi dalam sistem empat peringkat di Itali, akan berkuat kuasa selama tiga hari di 17 daripada 27 bandar.