Satu gempa bumi kuat menggegarkan kepulauan di Yogyakarta awal pagi ini.
Gempa berukuran 5 magnitud itu melanda di 107 kilometer dari barat daya Pacitan - Jatim namun tidak berpotensi untuk berlaku tsunami.
Menurut laman Twitter Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa itu berlaku pada pukul 2.33 pagi waktu tempatan.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 63 km.
Pada Ahad, dilaporkan, Gunung Merapi meletus pada jam 10.13 pagi dan jam 10.27 pagi.
Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan (BPPTKG) Yogyakarta pula masih menetapkan status Gunung Merapi pada tahap waspada.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata, letusan gunung berapi yang berlaku dua kali di Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia pagi Ahad tidak menjejaskan kualiti udara Malaysia walaupun debunya mencapai sehingga 6,000 meter ke udara.
Jelasnya, ini kerana angin pada paras debu itu bertiup ke arah selatan dan barat daya malah tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara ini.
Astro Awani
Sun Jun 21 2020

Gempa berukuran 5 magnitud itu melanda di 107 kilometer dari barat daya Pacitan - Jatim. -Foto Google Maps
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa 5 magnitud gegar Yogyakarta
Satu gempa bumi kuat menggegarkan kepulauan di Yogyakarta awal pagi ini.