GAZIANTEP: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke tujuh mangsa gempa bumi di sini, diteruskan dengan keutamaan diberikan kepada aspek tinjauan di sekitar Nurdagi, bagi mencari kawasan runtuhan yang dipercayai mempunyai mangsa yang masih hidup.
Pada pukul 9 pagi tadi (2 petang waktu Malaysia) pasukan peninjau MAS-01 SMART dan MAS-10 telah memulakan tinjauan mereka dengan bantuan dua pemandu arah dan dua penterjemah.
Kawasan tinjauan melibatkan tujuh tapak kerja di sektor empat Gaziantep meliputi kawasan bandar Nurdagi yang padat dengan bangunan komersial, hotel dan kompleks kediaman yang dianggarkan seluas kira-kira 20 kilometer.
Kawasan runtuhan di mana lima sekeluarga berjaya diselamatkan oleh pasukan SAR Malaysia pada Sabtu juga merupakan kawasan yang telah ditinjau dan diperiksa terlebih dahulu oleh pasukan peninjau.
Pemerhatian Bernama di sekitar kawasan itu mendapati cuaca di Nurdagi semakin sejuk dengan suhu mencecah paras -10 darjah Celsius, pada awal pagi Ahad.
Suhu di Nurdagi yang mempunyai populasi seramai kira-kira 40,780 orang dijangka semakin menurun menjelang malam dan keadaan dilihat semakin terdesak bagi mangsa-mangsa gempa bumi di kawasan terlibat.
Kehadiran anggota polis dan tentera yang lengkap bersenjata juga semakin ramai dan kerap melakukan rondaan di sekitar pusat operasi pasukan SAR antarabangsa termasuk berhampiran pusat operasi pasukan SAR negara yang terletak di Stadium Nurdagi.
Bangunan di sekeliling pusat operasi turut menempatkan tiga pusat bantuan untuk mangsa bencana gempa bumi dengan kemudahan makanan, minuman, pakaian dan selimut.
Sejak ketibaan petugas media di sini pada awal pagi Jumaat lepas, pergerakan kami diperhatikan oleh anggota polis tempatan, malah mereka meminta untuk melihat gambar dan video yang diambil semasa membuat liputan operasi SAR pasukan penyelamat negara.
Bagaimanapun tiada perkara buruk berlaku berikutan semua petugas media di sini telah diberi penerangan terlebih dahulu oleh Komander Kontinjen Mohd Khairul Jamil mengenai sensitiviti masyarakat di sini.
Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut lebih 24,000 nyawa. Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

Kawasan tinjauan melibatkan 7 tapak kerja di sektor empat Gaziantep meliputi bandar Nurdagi yang padat dengan bangunan komersial, hotel dan kompleks kediaman. - Gambar fail/SMART Malaysia

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."

Gempa bumi Turkiye: Angka korban meningkat kepada 48,448
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

Angka korban gempa bumi Turkiye cecah 44,218 orang
Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.

Kutipan tabung gempa bumi Turkiye, Syria cecah RM11 juta, dilanjutkan sehingga 31 Mac - Wisma Putra
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia merupakan kutipan tertinggi pernah dicatatkan untuk tabung berkenaan.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban meningkat kepada 42,310
Gempa yang berpusat di daerah Pazarcik dan Elbistan di wilayah Kahramanmaras itu juga menyaksikan 7,184 gegaran susulan.

Penduduk Yaman bantu mangsa gempa bumi Turkiye walaupun hidup susah
Masyarakat Yaman melancarkan kempen derma sebagai balasan kepada Turkiye yang menghulur bantuan kemanusiaannya ke negara asal mereka sebelum ini.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.

Gempa Turkiye: 'Tak boleh bayangkan bagaimana mereka alami gegaran lebih teruk' - Dr Anhar
Dr Anhar mengakui tidak mampu menyorokkan perasaan takut dan bimbang selain hanya mampu berdoa agar mereka selamat.