ACCRA: Ghana mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang boleh membawa maut.
Difahamkan kedua-dua pesakit itu meninggal dunia baru-baru ini di sebuah hospital di wilayah Ashanti selatan, lapor BBC.
Sampel daripada kedua-dua pesakit didapati positif awal bulan ini.
Pegawai kesihatan di negara Afrika Barat itu berkata 98 individu kini dikuarantin kerana disyaki menjadi kontak kepada pesakit.
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
Difahamkan belum ada rawatan khusus untuk Marburg, tetapi para doktor berkata peluang pesakit untuk terus hidup meningkat jika minum banyak air.
Virus ini dikatakan tersebar kepada manusia daripada kelawar buah dan merebak dalam kalangan manusia melalui cecair tubuh.
Antara simptom jangkitan termasuk sakit kepala, demam, sakit otot, muntah darah, dan pendarahan.
Orang ramai dinasihat supaya menjauhi kawasan gua dan memasak semua produk daging sebelum dimakan.
Wabak Marburg pertama kali berlaku di Jerman pada tahun 1967 di mana tujuh mangsa meninggal dunia.
Virus itu membunuh lebih 200 orang di Angola pada tahun 2005.
Astro Awani
Mon Jul 18 2022

Ghana mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang boleh membawa maut. -Wikipedia

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO isytihar wabak virus Marburg di Rwanda berakhir
WHO pada Jumaat mengisytiharkan bahawa wabak Penyakit Virus Marburg di Rwanda telah berakhir.

Rwanda catat 7 lagi kes penyakit virus Marburg, jumlah kematian meningkat kepada 11
Jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.

6 maut, Rwanda berdepan wabak virus Marburg
Menteri Kesihatan Rwanda Sabin Nsanzimana mendedahkan bahawa mangsa dan kebanyakan yang dijangkiti adalah pekerja kesihatan.

Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.