MANCHESTER: Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan menyerang dua wanita, iaitu bekas teman wanita serta adiknya, dalam kejadian pada 1 November lalu.
Giggs membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Manchester pada Rabu.
Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dengan syarat perlu hadir ke Mahkamah Crown Manchester pada 26 Mei depan.
Dia juga tidak dibenarkan untuk menghubungi kedua-dua wanita terbabit atau pergi ke mana-mana lokasi mereka.
Dalam insiden serangan itu, Giggs dilaporkan mencederakan pasangannya ketika di rumahnya di Manchester pada 1 November lalu.
BACA: Bekas bintang Manchester United Ryan Giggs ditahan polis selepas kasari wanita
Dia juga dituduh menyerang adik perempuan wanita itu pada hari yang sama.
Tuduhan yang dikenakan ke atas Giggs itu sekali gus membuatkan Wales memutuskan tidak lagi meneruskan khidmatnya melatih pasukan kebangsaan dalam menghadapai Kejuaraan Eropah yang akan berlangsung pada Jun depan.
Giggs pernah mencatatkan rekod tertinggi bermain di bawah seliaan kelab bola sepak terkemuka, Manchester United iaitu sebanyak 963 kali sebelum bersara pada 2014.
Dia juga sebelum ini dilantik sebagai jurulatih Wales pada 2018.
Astro Awani
Wed Apr 28 2021

Giggs pernah mencatatkan rekod tertinggi bermain di bawah seliaan kelab bola sepak terkemuka, Manchester United. - Foto fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

TMJ, legenda dunia bincang bola sepak Asia Khamis ini
Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama legenda bola sepak dunia Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada Khamis ini.

Giggs nafi serangan terhadap bekas kekasih
Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan menyerang dua wanita pada 1 November lalu.

Bekas bintang Manchester United Ryan Giggs ditahan polis selepas kasari wanita
Polis dipanggil ke rumah bekas pemain sayap Manchester United berusia 46 tahun itu pada Ahad malam lalu selepas menerima laporan berhubung gangguan.

Gary Neville buka hotel kepada kakitangan hospital secara percuma
Bekas pemain Manchester United itu membuka hotelnya secara percuma kepada kakitangan hospital yang ingin mengasingkan diri daripada keluarga.

Manchester United buat 'pengumuman pramatang' pelantikan Solskjaer
Manchester United secara tidak sengaja telah memuat naik berita mengenai pelantikan pengurus interim sehari selepas pemecatan Jose Mourinho pada Selasa.

Giggs rujuk Fergie sebelum ambil alih tugas Wales
Ryan Giggs mendedahkan dia telah merujuk kepada bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, sebelum mengambil alih jawatan ketua jurulatih Wales.

Ryan Giggs: Dari kapten Manchester United, kini pengurus Wales
Bekas kapten Manchester United itu menggantikan Chris Coleman yang menyertai Sunderland pada November lalu selepas gagal membawa Wales ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

United terlalu bergantung kepada Ibrahimovic - Giggs
Ryan Giggs percaya Manchester United terlalu bergantung kepada Zlatan Ibrahimovic dan berasakan rakan sepasukan penyerang Sweden itu perlu memberikan lebih banyak sokongan kepadanya di depan gol.

Tinggalkan Old Trafford: Terima kasih, Ryan Giggs!
Selepas hampir tiga dekad bersama Manchester United dalam senarai pemain pasukan hinggalah ke peranan kejurulatihan, Giggs mahu berundur.

Alex Ferguson sokong Ryan Giggs dilantik pengurus Manchester United
Bekas pengurus pasukan Manchester United, Alex Ferguson menyokong Ryan Giggs dilantik sebagai pengurus pasukan tersebut selepas Vaan Gaal.