JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur meletus pada Isnin dengan menghamburkan abu setinggi 800 meter, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).
Letusan dilaporkan berlaku sekitar 7:20 pagi waktu tempatan (GMT+8), Agensi Berita ANTARA memetik laporan petugas di pos pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-laki, Adzan Anugrah Indiarsyah.
"Letusan itu direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 41.4 milimeter (maximum amplitude) dan durasi 303 saat," menurut laporannya pada Isnin.
PVMBG menasihatkan penduduk yang berada di sekitar gunung terbabit mengelak daripada melakukan aktiviti luar dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
Susulan kejadian itu, Agensi Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral meningkatkan status berjaga-jaga Gunung Lewotobi Laki-laki daripada Tahap Dua kepada Tahap Tiga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Letusan dilaporkan berlaku sekitar 7:20 pagi waktu tempatan (GMT+8), Agensi Berita ANTARA memetik laporan petugas di pos pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-laki, Adzan Anugrah Indiarsyah. -X @InfoFPMKI

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus, hambur abu setinggi 800 meter
Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur meletus pada Isnin dengan menghamburkan abu setinggi 800 meter,