LONDON: Guru-guru di England dan Wales umum akan menyertai jururawat, pekerja kereta api serta lain-lain sektor, melancarkan mogok terhadap kerajaan kerajaan Perdana Menteri Rishi Sunak.
Menurut Kesatuan Pendidikan Kebangsaan (NEU), mogok pertama akan diadakan pada 1 Februari yang dijangka turut disertai seratus ribu pekerja sektor awam.
Mogok ini akan menjejaskan 23,400 sekolah di England dan Wales.
Sebelum ini mogok turut menyebabkan sebahagian besar sekolah di Scoland ditutup.
Sunak berdepan tekanan untuk menyelesaikan pertikaian gaji dengan ratusan ribu pekerja, sejak mogok berlarutan selama beberapa bulan.
Dengan kadar inflasi melebihi 10 peratus, pekerja dari pelbagai sektor menuntut gaji yang lebih tinggi.
NEU, kesatuan pendidikan terbesar Britain dengan kira-kira 500,000 ahli berkata, kerajaan telah menawarkan ahlinya kenaikan gaji 5 peratus yang disamakan dengan pemotongan gaji.
Jelas kesatuan itu, gaji rendah untuk guru telah mendorong ramai daripada mereka meninggalkan profesion tersebut.
Menurut Setiausaha Agung NEU, Mary Bousted dan Kevin Courtney, ia bukan lagi mengenai kenaikan gaji tetapi membetulkan pemotongan gaji jangka sebenar
Kerajaan berkata, pihaknya tidak mampu membayar kenaikan gaji yang besar dan memberi amaran bahawa sebarang rangsangan besar kepada gaji akan memburukkan lagi masalah inflasi.
Astro Awani
Tue Jan 17 2023

Sunak berdepan tekanan untuk menyelesaikan pertikaian gaji dengan ratusan ribu pekerja, sejak mogok berlarutan selama beberapa bulan. - Foto AP
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Guru-guru di England, Wales sertai mogok industri 1 Feb
Mogok pertama akan diadakan pada 1 Februari yang dijangka turut disertai seratus ribu pekerja sektor awam.