KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah Brent meneruskan aliran menaik untuk ditutup pada US$89 (US$1=RM4.19) setong dalam persekitaran berkemungkinan berlaku gangguan bekalan berikutan ketegangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata harga minyak mentah Brent dijangka mencecah melebih paras US$90 setong dalam tempoh terdekat ini berikutan ketegangan politik disebabkan oleh kejadian serangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini dan pertikaian antara Rusia dan negara-negara Barat berhubung konflik di Ukraine.
Ketika berita ini ditulis, Brent meningkat 0.41 peratus kepada US$87.87 setong manakala West Texas Intermediate naik US$67 peratus kepada US$86 setong.
Pasaran minyak dipengaruhi oleh pengumuman politik daripada pihak seperti Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Amerika Syarikat (AS), pembekal minyak utama dan pemacu utama harga minyak.
Antara punca gangguan politik yang mempengaruhi pasaran minyak selama bertahun-tahun adalah Asia Barat, rantau tersebut memainkan peranan penting dalam bekalan global.
Pada Isnin, serangan dron di UAE disyaki dilakukan pemberontak Houthi dari Yaman telah meletupkan tiga kapal tangki bahan api, tiga orang maut akibat serangan tersebut.
Harga minyak mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada Selasa kerana peniaga bimbang serangan ke atas kemudahan penyimpanan bahan api di UAE akan menjejaskan bekalan.
Sebagai tindak balas, pakatan yang diketuai Arab Saudi menyerang ibu kota Yaman, Sanaa menerusi serangan udara, sebanyak 20 orang dilaporkan terkorban dalam serangan itu.
Serangan ke atas negara yang kaya dengan minyak dan jangkaan bahawa permintaan akan meningkat menyebabkan harga minyak mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2014.
Minyak mentah Brent melonjak 1.0 peratus untuk mencecah US$87.22 setong.
Kenaikan harga lebih tinggi di AS, di mana minyak mentah West Texas Intermediate meningkat 1.3 peratus kepada US$84.89 setong.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata wujud peluang yang baik bahawa harga minyak mentah mungkin kekal tinggi memandangkan kekurangan pelaburan dalam industri itu, ia akan menjadikan sektor itu terdedah kepada lonjakan permintaan yang mendadak.
Sebagai contoh, beliau berkata jumlah pelantar minyak yang beroperasi secara global setakat Disember 2021 berjumlah 1,563 unit berbanding 3,570 unit pada akhir tahun 2014.
Beliau berkata tiada siapa yang boleh meramalkan bagi mengetahui sama ada harga minyak mentah yang tinggi akan berlanjutan ketika usaha ke arah pengeluaran tenaga hijau dijangka meningkat dengan pantas berikutan inisiatif karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050 melibatkan banyak bidang kuasa.
"Peralihan itu boleh menyebabkan harga lebih tinggi dan selepas itu ia kembali turun sekiranya tenaga hijau diutamakan dan mencapai jumlah yang mencukupi dalam pengeluaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

Serangan ke atas negara yang kaya dengan minyak dan jangkaan bahawa permintaan akan meningkat menyebabkan harga minyak mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2014. - Gambar/ Reuters
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.

IHPR Malaysia turun 0.4 peratus pada November - Jabatan Perangkaan
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024.

Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.

Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.

Pasaran getah ditutup tinggi susulan kebimbangan bekalan getah asli terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kebimbangan bekalan getah asli yang terhad disebabkan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

FBM KLCI meningkat selepas lima hari catat penurunan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.4 mata kepada 1,626.70 daripada 1,618.30 pada Jumaat lepas.

Pasaran getah ditutup tinggi susulan harga minyak mentah mengukuh
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis disokong oleh kenaikan penanda aras harga minyak mentah selain ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.