Singapura kini lokasi ketujuh paling mahal di Asia bagi penginapan sewa mewah tahun ini, jatuh dari kedudukan keempat tahun lepas dalam ranking serantau.
Hong Kong dan Tokyo mengekalkan tempat pertama dan kedua manakala Seoul naik dua takuk ke tempat ketiga daripada kelima pada 2016.
Ini merupakan hasil kaji selidik terkini bagi Kaji Selidik Penginapan oleh ECA International, syarikat penyedia perisian pengetahuan dan informasi terkemuka di dunia bagi pengurusan dan penugasan pekerja di seluruh dunia.
Kuala Lumpur tidak berada dalam 20 kedudukan pertama dalam hasil kaji selidik ECA ke atas lokasi paling mahal di Asia bagi penginapan sewa mewah.
Kaji selidik tersebut membandingkan sewa penginapan yang biasa dipajak oleh pegawai ekspatriat di lebih 230 lokasi di seluruh dunia.
Harga sewa purata bagi pangsapuri tiga bilik yang tidak berperabot di kawasan kejiranan ekspatriat yang popular di Singapura ialah US$4,535 sebulan (US$1=RM4.43) walaupun sejak 2012, purata sewa di Singapura merosot dengan ketara.
"Turun naik harga hartanah adalah berdasarkan permintaan dan penawaran. Apabila permintaan menurun, harga akan jatuh. Apabila jumlah hartanah meningkat, harga juga selalunya akan jatuh.
"Kedua-dua faktor itu mempengaruhi harga sewa dengan ketara di Singapura sepanjang lima tahun lepas," kata Pengarah Wilayah Asia - ECA International Lee Quane dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata ada beberapa faktor penyumbang termasuk bilangan ekspatriat di Singapura yang stabil baru-baru ini yang mengawal permintaan terhadap hartanah sewa di kawasan kejiranan ekspatriat yang popular.
Selain itu, rangkaian pengangkutan yang semakin baik di Singapura menyumbang kepada perubahan tumpuan penempatan dari daerah yang popular sebelum ini kepada lokasi yang lebih murah.
Singapura juga menerima ramai pegawai dari negara seperti China, Malaysia, Taiwan dan Thailand, yang mempunyai bajet perumahan yang lebih rendah.
Faktor ini serta penawaran hartanah yang meningkat dalam pasaran, mendorong pemilik rumah mengurangkan harga sewa, kata Quane.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017

Singapura kini lokasi ketujuh paling mahal di Asia bagi penginapan sewa mewah tahun ini berbanding keempat tahun lepas. - Gambar fail

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.