SONGKHLA: Hatyai, sebuah bandar raya yang terletak berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia kini kembali meriah dan sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia.
Bandar raya ini menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah di Malaysia sekarang.
Berikutan keadaan COVID-19 semakin pulih dan pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia sejak 1 April lalu, kemasukan pelancong bertambah ramai dan bandar Hatyai kini hidup kembali selepas dua tahun 'sakit'.
Pasar terapung (floating market) Khlong Hae Floating antara destinasi popular kembali sesak dengan pelancong manakala hotel di Hatyai dan di sekitarnya habis ditempah.
Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla, Hatyai (Hatyai Songkhla Hotels Association), Sitthipong Sitthiprapha berkata kemasukan pelancong Malaysia khususnya pada musim cuti sekolah amat memberangsangkan.
Ini sekali gus membantu merancakkan lagi ekonomi tempatan yang terjejas teruk ketika pintu sempadan ditutup dan pelbagai sekatan dikenakan bagi membendung penularan COVID-19 sejak awal 2020.
Sejak cuti sekolah di Malaysia bermula pada 3 hingga 5 Sept, lebih 20,000 pelancong Malaysia memasuki Thailand melalui tiga pintu masuk ke Songkhla iaitu Sadao, Bukit Kayu Hitam dan Ban Prakop.
"Peningkatan ketibaan pelancong bakal merangsang pemulihan ekonomi pasca COVID-19," kata Sitthipong kepada Bernama.
Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Datuk Khoo Boo Lim berkata rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di negeri bersempadan dengan Thailand gemar membawa keluarga bercuti di Hatyai ketika cuti sekolah.
"Perjalanan yang singkat dan murah, makanan yang sedap serta tempat penginapan yang murah antara tarikan rakyat Malaysia suka berkunjung ke Hatyai," katanya.
Lapan bulan pertama tahun ini, Thailand mencatatkan lebih 4.6 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan rakyat Malaysia mendahului senarai iaitu seramai dengan 647,648 orang.
Thailand menjangkakan kedatangan pelancong Malaysia mencecah sejuta orang menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia sejak 1 April lalu menyaksikan bandar Hatyai kini hidup kembali selepas dua tahun 'sakit'. - Gambar/ Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kerajaan negeri nafi dakwaan Pasar Siti Khadijah kurang pengunjung
Pengunjung Pasar Siti Khadijah semakin meningkat pada cuti sekolah dan waktu paling sibuk di pasar itu adalah pada sebelah pagi.

Festival Malaysia 2023 di Hatyai bermula
Festival Malaysia 2023, yang diadakan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand, bermula pada Jumaat dengan tujuan mempamerkan destinasi pelancongan, produk dan kraftangan Malaysia.

Lokasi percutian, syurga kulinari wajib singgah di Hatyai
Perjalanan yang singkat dan murah, makanan sedap serta hotel murah antara tarikan rakyat Malaysia di Hatyai.

Hatyai kembali rancak, dipacu pelancong dari Malaysia
Hatyai, sebuah bandar raya yang terletak berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia kini kembali meriah dan sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai dibuka semula hari ini
Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.

Warga Malaysia di Hatyai ditahan kerana mengurung diri bersama anak
Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.

Takut dijangkiti COVID-19, lelaki kurung isteri dan dua anak hampir seminggu
Seorang lelaki warga Malaysia bertindak mengurung isteri warga Thai dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu di Hatyai.

Gambar ala komunis bukan di Malaysia - Polis
Siasatan mendapati gambar-gambar tersebut diambil pada 2 Dis 2019 semasa majlis tersebut berlangsung di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand.

Wanita hilang barangan kemas selepas cium bau ubat
Terbaru seorang wanita Thailand kehilangan barangan kemas bernilai 50,000 baht (RM6,500) ketika menaiki 'tuk-tuk' bersama seorang wanita yang tidak dikenali di Hatyai.